awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Donut Lab perkenal bateri keadaan pepejal, cas penuh sepantas 5 minit
KPM kaji semula keperluan kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina
Threads uji permainan ringkas dalam fungsi DM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM jalankan pemetaan pengamal, amalan perubatan tradisional

Bernama
Bernama
22/08/2025
08:30 MYT
KKM jalankan pemetaan pengamal, amalan perubatan tradisional
Lukanisman berkata usaha berkenaan dijalankan dengan kerjasama universiti tempatan, pembuat dasar, komuniti pengamal, wakil suku kaum dan penyelidik tempatan. - Gambar fail
KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang menjalankan aktiviti pemetaan pengamal serta amalan perubatan tradisional melibatkan Orang Asli Semenanjung, anak negeri Sabah dan Sarawak.

Ringkasan AI
  • KKM sedang menjalankan aktiviti pemetaan pengamal dan amalan perubatan tradisional melibatkan Orang Asli Semenanjung serta anak negeri Sabah dan Sarawak dengan kerjasama universiti tempatan, komuniti pengamal, wakil suku kaum dan penyelidik.
  • Usaha ini bertujuan membentuk asas kepada pembangunan pelan strategik pengiktirafan, selaras dengan pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih holistik dan inklusif antara perubatan moden dan tradisional.
  • Program seperti Jalinan MADANI memberi peluang memahami amalan warisan perubatan tradisional anak negeri Sarawak melalui dialog, perkongsian ilmu dan aktiviti berasaskan komuniti.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata usaha berkenaan dijalankan dengan kerjasama universiti tempatan, pembuat dasar, komuniti pengamal, wakil suku kaum dan penyelidik tempatan.
"Usaha pemetaan atau proses kenal pasti ini dibuat bagi membentuk asas ke arah pembangunan pelan strategik pengiktirafan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Jalinan MADANI bersama dengan Pengamal Perubatan Tradisional Anak Negeri Sarawak di sini hari ini.
Terdahulu, ketika berucap, Lukanisman berkata perubatan tradisional tidak hanya sekadar satu sistem rawatan, tetapi juga sebahagian daripada gaya hidup serta sokongan rohani, emosi dan sosial masyarakat.
Justeru, katanya persefahaman antara pendekatan perubatan moden dengan tradisional adalah penting bagi merealisasikan penjagaan kesihatan yang lebih holistik dan inklusif.
"Penganjuran program seperti ini secara tidak langsung memberikan peluang untuk memahami dengan lebih mendalam amalan perubatan tradisional anak negeri Sarawak.
"Pendekatan berasaskan komuniti seperti sesi dialog, perkongsian ilmu dan aktiviti pemetaan diharap dapat memastikan amalan warisan ini dapat terus dipelihara dan diberi pengiktirafan sewajarnya pada peringkat lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#perubatan tradisional
#perubatan alternatif
#Lukanisman Awang Sauni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan