awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi PN tidak boleh dimansuhkan berdasarkan Perlembagaan - Sanusi
PKS 2026: Optimis berhati-hati, VM2026 jadi pemangkin - Maybank
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM kaji cara kurangkan kesesakan di hospital bagi amalkan penjarakan sosial

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
12/05/2020
11:34 MYT
KKM kaji cara kurangkan kesesakan di hospital bagi amalkan penjarakan sosial
Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya sedang melihat kepada beberapa idea dan inovasi yang berupaya untuk mengurangkan kesesakan di hospital pada satu masa supaya penjarakan sosial dapat dilaksanakan dengan baik. - Bernama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kaedah bagi membenarkan pesakit melakukan temu janji bersama doktor mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya sedang melihat kepada beberapa idea dan inovasi yang berupaya untuk mengurangkan kesesakan di hospital pada satu masa supaya penjarakan sosial dapat dilaksanakan dengan baik.
“Sekarang kita sedang melihat bagaimana kita dapat melaksanakan janji temu pesakit dan memastikan kita hanya berjumpa pesakit apabila perlu.
“Pesakit yang datang ke hospital atau klinik, mereka mesti menunggu di dalam kereta mereka terlebih dahulu.
“Jadi apabila sudah tiba masa temu janji mereka, kemudian itu mereka akan berjumpa dengan doktor," jelas Dr Noor Hisham pada sidang media KKM di Putrajaya pada Selasa.
Sementara itu, beliau menekankan bahawa pihaknya di KKM sedang berusaha untuk melihat kepada beberapa idea dan inovasi untuk memastikan bahawa langkah-langkah tersebut dilakukan mengikut SOP.
“Ia bermula di klinik contohnya temu janji secara alam maya dan kami juga menyediakan perkhidmatan, yang mana anda tidak perlu datang ke hospital untuk mengambil ubat tetapi kami memberikan ubat kepada anda.
“Sekarang kita sedang melihat perkhidmatan, yang boleh memberikan khidmat terhadap kesihatan ibu dan anak-anak. Baru-baru ini, kami menyediakan penjagaan selepas bersalin untuk berapa orang.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa KKM sedang melihat kepada pelbagai aspek bagi menambah baik sistem perkhidmatan kepada orang ramai.
“Sekiranya kita dapat mengurangkan kesesakan di hospital atau klinik, untuk itu kita boleh mengamalkan penjarakan sosial di hospital,” jelasnya lagi.
BACA: COVID-19: Kes harian terendah, 110 kes pulih - Dr Noor Hisham
BACA: COVID-19: Kes jangkitan SARI menurun - Dr Noor Hisham
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#operasi
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan