awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM kaji pindaan akta untuk perluas kawal selia caj hospital swasta

Bernama
Bernama
08/12/2025
07:54 MYT
KKM kaji pindaan akta untuk perluas kawal selia caj hospital swasta
Lukanisman (foto) berkata orang awam yang dikenakan caj konsultasi berlebihan boleh menyalurkan aduan melalui laman sesawang KKM atau menghubungi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS). -Foto fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti beberapa pindaan terhadap Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) bagi memperluas kawal selia berkaitan isu caj berlebihan di hospital swasta.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kesihatan sedang meneliti pindaan Akta 586 bagi kawal selia caj berlebihan di hospital swasta.
  • Langkah ini dilihat penting untuk mengawal inflasi kos perubatan dan perkhidmatan kesihatan.
  • KKM menerima 817 aduan tahun lepas dan mengenakan kompaun terhadap 188 kesalahan termasuk caj konsultasi, prosedur, dan ubat di bawah kawalan kementerian.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata langkah itu penting memandangkan isu inflasi kos perubatan dan penggunaan perkhidmatan kesihatan turut melibatkan peranan Kementerian Kewangan melalui Bank Negara Malaysia serta sektor insurans.
"Memang kita sedang mengkaji beberapa pindaan bersesuaian untuk memperluas kawal selia di bawah Akta 586... selain fi konsultasi, kita ingin perluaskan beberapa caj lain supaya inflasi kesihatan dapat dikawal," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr R A Lingeswaran yang ingin tahu langkah kerajaan untuk meminda Akta 586 bagi mengawal selia kos caj bukan profesional dengan segera.
Terdahulu, ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri S.Vell Paari mengenai mekanisme perlindungan disediakan KKM untuk membela hak pesakit sekiranya dikenakan caj berlebihan oleh hospital swasta, Lukanisman berkata Akta 586 ketika ini hanya meliputi caj konsultasi dan tatacara prosedur manakala caj lain seperti harga ubat dan peralatan tidak berada di bawah kawalan KKM.
Beliau berkata KKM menerima 817 aduan tahun lepas serta mengenakan kompaun membabitkan 188 caj iaitu aduan caj konsultasi (70), caj prosedur (48), caj ubat (25) dan selebihnya berkaitan kes di bawah kerangka kawal selia kementerian.
Lukanisman berkata orang awam yang dikenakan caj konsultasi berlebihan boleh menyalurkan aduan melalui laman sesawang KKM atau menghubungi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).
Beliau berkata fasiliti swasta yang tidak mematuhi jadual fi bawah Akta 586 boleh diambil tindakan antaranya melalui surat amaran atau kompaun di bawah Subseksyen 106(4).
"Jika disabitkan, denda maksimum ialah RM5,000 bagi pemilik tunggal dan RM15,000 bagi pertubuhan, perbadanan, perkongsian atau organisasi.
"Notis tunjuk sebab untuk pembatalan lesen juga boleh dikeluarkan dalam kes bersesuaian," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan Kementerian Kesihatan sedang meneliti pindaan terhadap Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)? A: Tujuan Kementerian Kesihatan adalah untuk memperluas kawalan selia berkaitan isu caj berlebihan di hospital swasta.
  • Q: Berapakah jumlah aduan yang diterima oleh Kementerian Kesihatan berkaitan isu caj berlebihan tahun lepas? A: Kementerian Kesihatan menerima 817 aduan tahun lepas dan telah mengenakan kompaun termasuk 188 caj berbeza seperti caj konsultasi, caj prosedur, dan caj ubat.
  • Q: Bagaimanakah cara orang awam yang dikenakan caj konsultasi berlebihan boleh membuat aduan? A: Mereka boleh menyalurkan aduan melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan atau menghubungi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).
  • Q: Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap fasiliti swasta yang tidak mematuhi jadual fi di bawah Akta 586? A: Tindakan yang boleh diambil termasuk pengeluaran surat amaran, penalti maksimum sehingga RM5,000 bagi pemilik tunggal dan RM15,000 bagi pertubuhan, serta notis tunjuk sebab untuk pembatalan lesen dalam kes tertentu.
  • Q: Siapakah yang terlibat dalam meneliti pindaan Akta 586 bagi mengawal selia kos caj bukan profesional? A: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, dan Kementerian Kesihatan sedang meneliti pindaan Akta 586 bagi memperluas kawalan selia terhadap kos caj bukan profesional di hospital swasta.

Topic Berkaitan
#Lukanisman Awang Sauni
#KKM
#kawal selia caj berlebihan
#hospital swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan