awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM keluarkan kompaun kesalahan merokok RM1.6 juta pada Mei

Bernama
Bernama
14/06/2024
11:47 MYT
KKM keluarkan kompaun kesalahan merokok RM1.6 juta pada Mei
16,355 notis kesalahan dikeluarkan daripada 29,098 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 6,605 kompaun bernilai RM1.6 juta sepanjang Mei lepas atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Beliau berkata 16,355 notis kesalahan dikeluarkan daripada 29,098 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
Bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang bertujuan mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata 2,778 kompaun bernilai RM1.4 juta dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.
"Sejumlah 551 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa sama, 71 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM151,600. Terdapat satu kes dipenjara 10 hari oleh mahkamah kerana gagal membayar denda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata 8,587 premis makanan diperiksa pada bulan lepas dengan 225 premis diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Menurutnya tindakan penutupan sementara premis makanan dikuatkuasakan KKM sebagai langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#kompaun
#kesalahan merokok
#Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
#PPKHT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan