awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM laksana pemindahan tisu pertama di Hospital Jempol

Bernama
Bernama
31/07/2023
12:29 MYT
KKM laksana pemindahan tisu pertama di Hospital Jempol
Dr Muhammad Radzi berkata penderma tisu berkenaan ialah mendiang N. Mathialagan yang telah diberikan kebenaran oleh waris dan ahli keluarganya untuk mendermakan kornea mata. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Hospital Jempol di sini telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan proses pendermaan tisu pertama yang membabitkan sepasang kornea mata pada 17 Julai lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata penderma tisu berkenaan ialah mendiang N. Mathialagan, 61, yang telah diberikan kebenaran oleh waris dan ahli keluarganya untuk mendermakan kornea mata.
"Kedua-dua kornea mata yang diperoleh telah dihantar ke Bank Tisu Kornea di Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk dipindahkan kepada pesakit lain.
"Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas kesediaan memberikan kebenaran untuk menjalankan pendermaan tisu berkenaan, yang kemudian akan memberi sinar harapan kepada penerima yang memerlukan," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ini merupakan pendermaan organ atau tisu kadaverik yang kelima untuk hospital di bawah Kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah sejak 2008.
Dr Muhammad Radzi juga berharap pengorbanan murni seumpama itu dapat dicontohi dan diikuti lebih ramai rakyat Malaysia dalam usaha membantu serta menyelamatkan nyawa terutama pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir.
"Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendermaan organ, orang ramai boleh melayari laman sesawang Pusat Sumber Transplan Nasional di www.dermaorgan.gov.my.," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepasang kornea
#Hospital Jempol
#pendermaan tisu
#kegagalan organ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan