awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM lancar survei mengenai polisi GEG

Bernama
Bernama
11/10/2023
09:58 MYT
KKM lancar survei mengenai polisi GEG
Kementerian Kesihatan (KKM) telah melancarkan satu survei bagi mengumpulkan maklum balas dan pandangan daripada rakyat Malaysia, mengenai inisiatif Generasi Penamat (GEG), kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) telah melancarkan satu survei bagi mengumpulkan maklum balas dan pandangan daripada rakyat Malaysia, mengenai inisiatif Generasi Penamat (GEG), kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Survei itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang boleh menyertainya menggunakan aplikasi MySejahtera, menerusi satu kemas kini aplikasi tersebut, yang boleh dimuat turun dari Google Play Store untuk telefon Android dan Apple App Store untuk telefon iOS.
Survei itu merangkumi pelbagai topik, termasuk pandangan orang ramai mengenai risiko kesihatan akibat merokok, peruntukan GEG tersebut, dan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
Dr Zaliha dalam satu kenyataan hari ini berkata GEG, merupakan salah satu daripada peruntukan dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, yang sedang dimuktamadkan.
"Saya menggalakkan kesemua rakyat Malaysia untuk mengambil beberapa minit bagi melengkapkan survei itu. Setiap orang perlu memainkan peranan dan menyokong usaha kerajaan dalam membawa rang undang-undang ini dan peruntukan GEG, dengan menyuarakan pandangan mereka menerusi survei ini selain menerusi saluran media lain," katanya.
Rang undang-undang itu bertujuan untuk memastikan satu peraturan menyeluruh berkaitan kesemua jenis produk merokok termasuk rokok elektrik dan vape.
Kawalan sedia ada di bawah Peraturan Kawalan Produk Tembakau (CTPR) 2004, hanya mengawal produk merokok berasaskan tembakau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#polisi GEG
#Zaliha Mustafa
#Survei
#inisiatif Generasi Penamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan