Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka yang dipinda itu telah dikemukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan akan mengambil sedikit masa untuk diluluskan.
"Akta itu digubal pada 1988 dan kadar RM1,000 itu adalah munasabah pada ketika itu tetapi sekarang kita perlu menyemaknya semula... Jadi saya serahkan kepada Parlimen untuk membuat keputusan," katanya semasa dialog khas bertajuk, "COVID-19: Perjalanan Malaysia Ke Arah Melandaikan Keluk" sempena Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2020 di sini hari ini.
Pada majlis itu, Dr Noor Hisham menerima pengiktirafan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Kebangsaan bagi Kepimpinan dalam Kesihatan Awam oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.
Walaupun Dr Noor Hisham telah menerima beberapa pengiktirafan terhadap sumbangannya memerangi pandemik COVID-19, beliau mengatakan penghargaan itu tidak harus diberikan kepadanya seorang sebaliknya kepada seluruh pasukan terutama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Satu orang tidak boleh membuat kelainan. Jika anda mahu memberi penghargaan, berikan kepada perdana menteri kerana beliau yang membuat keputusan, saya hanya menasihatkan beliau," katanya.
Bernama
Tue Aug 25 2020
Dr Noor Hisham menerima pengiktirafan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Kebangsaan bagi Kepimpinan dalam Kesihatan Awam oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan mulai Januari tahun depan
Kadar sewa Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2 akan dinaikkan sehingga RM50 seunit dijangka mulai Januari tahun depan.
Elaun sukarelawan kesihatan di PPV, PKRC dinaik kepada RM100 sehari - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan itu akan memberi manfaat kira-kira 19,000 sukarelawan di seluruh negara.
Pinjaman PTPTN kepada penuntut diploma B40 dinaikkan - Noraini
Kerajaan bersetuju menaikkan had jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada RM6,800 kepada RM8,000 setiap semester bagi pelajar B40.
Mubarak Johor harap elaun wakil rakyat dinaikkan
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Johor berharap agar kadar elaun wakil rakyat di negeri ini dikaji semula dan dipertimbangkan untuk kenaikan.
KKM mahu kompaun RM10,000 terhadap individu ingkar
Jumlah yang dipinda itu telah dikemukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan akan mengambil sedikit masa untuk diluluskan.
Elaun APM naik RM2 sejam
Kadar elaun bagi anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan RM2 sejam berkuat kuasa 1 Mac 2020, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).