awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM mungkin keluarkan perintah urus pandemik tanpa vaksinasi - Adham Baba

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/09/2021
04:08 MYT
KKM mungkin keluarkan perintah urus pandemik tanpa vaksinasi - Adham Baba
Adham berkata, setakat ini dianggarkan sebanyak 5.7 peratus penduduk dewasa yang masih belum mendaftar untuk menerima vaksin - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) kemungkinan akan mengeluarkan perintah atau cadangan bagi menguruskan pandemik COVID-19 tanpa vaksinasi, sekiranya terdapat individu yang masih enggan divaksinasi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini dianggarkan sebanyak 5.7 peratus penduduk dewasa yang masih belum mendaftar untuk menerima vaksin.
Daripada peratusan tersebut, jelas beliau, antara faktor yang dikenalpasti termasuk komorbiditi dan dalam kalangan anti-vaksin.
"Pada mereka ini kita masih ada program advokasi supaya mereka terus mendaftar dalam MySejahtera supaya kita boleh memvaksin mereka.
"Sekiranya mereka enggan atau tidak mahu divaksin, berkmakna nanti satu ketika KKM akan mengeluarkan perintah ataupun cadangan, bagaimana kita boleh terus menguruskan pandemik tanpa vaksinasi," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Adham berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) yang meminta penjelasan kementerian berhubung sijil khas bagi segelintir individu yang tidak boleh menerima vaksin.
Sebelum ini, bekas Menteri Mosti, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan akan mempertimbangkan sijil pengecualian kepada mana-mana individu yang tidak boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi menggantikan pasport vaksin.
Katanya, individu berkenaan termasuk mereka yang berdepan alahan atau kurang daya tahan jangkitan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#MySejahtera
#Adham Baba
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan