awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM pantau semua vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
12:17 MYT
KKM pantau semua vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menjelaskan analisis interim antara Februari dan September 2021 yang melibatkan data kemasukan sebanyak 433,674 juga mengambil maklumat vaksin yang diberi, termasuk vaksin Comirnaty, AstraZeneca, dan CoronaVac. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang telah didaftarkan secara bersyarat di Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sekiranya terdapat bukti yang jelas vaksin-vaksin vaksin ini tidak selamat, KKM tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan regulatori yang sewajarnya.
Dr Noor Hisham menjelaskan analisis interim antara Februari dan September 2021 yang melibatkan data kemasukan sebanyak 433,674 juga mengambil maklumat vaksin yang diberi, termasuk vaksin Comirnaty, AstraZeneca, dan CoronaVac.
"Hasil analisis interim ini menunjukkan insiden Adverse Event of Special Interest (AESI) yang jarang berlaku adalah berbeza mengikut vaksin COVID-19, dos pertama dan kedua, kumpulan umur, dan jantina penerima vaksin.
"Walau bagaimanapun, kadar kejadian AESI selepas vaksinasi adalah agak rendah.
"Kajian keselamatan vaksin Case-Based Monitoring Of Adverse Events Following COVID-19 Vaccination (SAFECOVAC) ini menyimpulkan bahawa manfaat vaksin COVID-19 masih melebihi risiko dan pada masa ini pasukan SAFECOVAC sedang menganalisis data interim untuk diterbitkan dan hasilnya akan dikongsi kepada umum tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
KKM juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam menilai dan menyebar berita-berita yang tidak benar terutamanya berita-berita daripada sumber yang meragukan berkaitan vaksin COVID-19 termasuk program pemberian dos penggalak.
"KKM ingin menasihati dan menggalakkan agar rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan informasi kesihatan yang sahih berkenaan dos penggalak COVID-19 ini agar berhubung terus dengan pakar atau pegawai perubatan yang bertauliah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#vaksin
#COVID-19
#COMIRNATY
#AstraZeneca
#Coronavac
#AESI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan