Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan berkenaan keselamatan produk Eropah berasaskan telur yang diimport ke Malaysia.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata pengguna keliru dengan tahap keselamatan produk yang berkemungkinan tercemar dengan bahan kimia fipronil.
Katanya, kebanyakan produk berasaskan telur sering menjadi pilihan rakyat Malaysia seperti biskut mentega, mayones, snek termasuk bahan-bahan pembuatan kek.
"Kementerian Kesihatan perlu memberi maklum balas segera berkenaan produk berasaskan telur dari Eropah yang diimport masuk ke negara kita.
"Ia termasuk menyemak semua rekod-rekod import yang ada supaya mereka (KKM) boleh mengeluarkan amaran bukan sahaja kepada pengedar, peruncit atau pemborong, malah kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Tidak menafikan usaha untuk menyekat semua produk berasaskan telur dari Eropah sukar, namun senarai import perlu dikeluarkan dalam memberi pengetahuan kepada rakyat.
Baru-baru heboh di laman sosial apabila media melaporkan isu telur ayam tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda.
Susulan isu itu, Jerman, Belgium, Sweden dan Switzerland menarik balik berjuta-juta telur daripada pasaran selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan.
Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan termasuk telur ayam yang mengandungi fipronil adalah melakukan kesalahan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Aug 17 2017
Datuk Nadzim Johan menggesa KKM memberi jaminan berkenaan keselamatan produk Eropah berasaskan telur yang diimport ke Malaysia. - Foto Fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons dan Harry Kane.
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
EURO 2024: Dua gol lewat Malen 'hantar' Belanda ke suku akhir
Donyell Malen menjaringkan dua gol lewat ketika Belanda menewaskan Romania 3-0 pada Selasa untuk mara ke suku akhir Euro 2024.
EURO 2024: Virgil van Dijk label sikap Belanda nyaris makan diri
Kekalahan 2-3 kepada Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan menyaksikan skuad Oranje melepaskan peluang untuk mengungguli kumpulan.