awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM pertimbang cuti raya secara berjadual - Khairy

Bernama
Bernama
16/04/2022
09:43 MYT
KKM pertimbang cuti raya secara berjadual - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan kaedah cuti secara berjadual bagi membolehkan warganya mendapat cuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini. - Gambar fail BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan kaedah cuti secara berjadual bagi membolehkan warganya mendapat cuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu sebelum memaklumkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk tindakan lanjut.
"Dua tahun lepas kita tak bagi atau jarang bagi cuti sebab pandemik, tapi tahun ini keadaan dah mula reda, mungkin kita akan mula bagi cuti raya, tapi (cuti) akan dibuat secara berjadual," katanya kepada pemberita semasa melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.
Beliau berkata, setelah selesai perbincangan, kaedah percutian secara berjadual berkenaan akan dimaklumkan kepada warga KKM.
Ditanya berapa peratus kakitangan yang akan diberi kelulusan bercuti, Khairy berkata, perkara itu bergantung kepada kes dan kapasiti hospital.
"Kami akan cuba bagi (benarkan kakitangan bercuti) sebanyak mungkin... tapi saya tak boleh nak umum sekarang (peratus), kena tengok lebih dekat lagi dengan tarikh hari raya," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#cuti raya berjadual
#Hari Raya Aidilfitri
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan