KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan nisbah katil hospital kepada 1,000 penduduk pada kadar 2.08 pada akhir Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, nisbah yang tercapai pada tahun lepas ialah 2.01 di mana bilangan katil meningkat daripada 55,952 katil pada tahun 2016 kepada 65,508 katil pada tahun 2020.
Menurutnya, bagi mencapai sasaran ditetapkan, KKM meneruskan inisiatif untuk menambah bilangan katil menerusi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf hospital serta fasiliti sedia ada.
“Tumpuan diberikan kepada kawasan di mana hospital sedia ada mempunyai kadar penggunaan katil yang tinggi. Faktor lain yang turut diambil kira ialah kepadatan penduduk, akses kepada perkhidmatan di hospital sedia ada dan peruntukan kewangan kerajaan.
“Selain meningkatkan bilangan katil di hospital dan fasiliti KKM, kementerian juga menggunakan pendekatan untuk mengoptimumkan bilangan katil sedia ada menerusi perkhidmatan rawatan harian di hospital-hospital utama bagi mengurangkan keperluan terhadap katil pesakit dalam.
Dapatkan semua berita sidang Parlimen di sini.
“KKM juga melaksanakan program hospital kluster yang mana perkhidmatan kepakaran dikembangkan ke hospital tanpa pakar yang mempunyai kadar penggunaan katil yang rendah,” katanya dalam Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan daripada S Kesavan (PH - Sungai Siput) mengenai sasaran yang diambil kerajaan untuk mencapai tahap penyediaan katil hospital lebih tinggi sekali gus memberi kemudahan kesihatan lebih selesa untuk rakyat.
Dalam pada itu, Khairy berkata, mengambil iktibar dari situasi di Sabah, KKM dari semasa ke semasa akan memberikan bantuan peralatan kepada negeri-negeri yang mencatatkan kes baharu yang tinggi.
“KKM akan menubuhkan Rapid Development Unit, di mana modular Unit Rawatan Rapi (ICU) boleh dihantar dengan cepat, alatan oksigen boleh dihantar dengan cepat ke mana-mana negeri yang mungkin mengalami kenaikan kes sekiranya varian baharu muncul.
“Isu ini kita pastikan tidak berlaku seperti mana yang berlaku sebelum ini di mana katilnya tidak mencukupi seperti yang berlaku beberapa bulan lepas,” ujar Khairy lagi.
Astro Awani
Tue Sep 14 2021
Menurut Khairy, bagi mencapai sasaran ditetapkan, KKM meneruskan inisiatif untuk menambah bilangan katil menerusi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf hospital serta fasiliti sedia ada.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
COVID-19: 0.81 peratus kes baharu babit kategori tiga hingga lima
Pertambahan kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 3,442,736.
KKM sasar peningkatan nisbah katil pada akhir RMK12 - Khairy
Nisbah yang tercapai pada tahun lepas ialah 2.01 di mana bilangan katil meningkat daripada 55,952 katil pada 2016 kepada 65,508 katil pada 2020.
COVID-19: Seorang maut setiap dua minit di Iran
Kementerian Kesihatan Iran mendedahkan, jumlah kematian mencapai 94,603 kes manakala kes keseluruhan mencecah 4.19 juta dalam gelombang kelima akibat varian Delta.
COVID-19: JKN Perak pastikan perkhidmatan pengurusan hospital dalam keadaan optimum
Ini termasuk penglibatan 14 hospital KKM dan 963 katil serta 81 katil ICU yang disediakan khusus untuk merawat pesakit COVID-19.
Penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di Kedah kritikal
Antara hospital yang berada pada tahap kritikal ialah Hospital Sultanah Bahiyah dengan penggunaan 92 peratus atau 134 daripada keseluruhan 145 katil.
KKM pertimbang pesakit COVID-19 berisiko rendah jalani rawatan di rumah
Perkara itu belum dilaksanakan kerana setakat ini bilangan katil di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah masih mencukupi untuk merawat pesakit berisiko rendah.
COVID-19: WHO beri amaran peningkatan kes terutama di Hemisfera Utara
Jelasnya, beberapa bulan akan datang merupakan waktu yang sangat getir bagi beberapa negara di kawasan itu.