KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan empat pusat kecantikan di tiga negeri menggunakan peralatan perubatan serta ubat-ubatan disyaki untuk rawatan estetik yang hanya boleh digunakan pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penguatkuasaan bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu dilakukan ke atas dua premis di Kuala Lumpur dan masing-masing sebuah premis di Selangor dan Pulau Pinang, semalam.
"KKM melalui Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan bertindak melalui maklumat disalurkan imigresen berkenaan perkara tersebut setelah mendapati perkhidmatan rawatan estetik disediakan melibatkan penggunaan peralatan-peralatan perubatan dan ubat-ubatan berjadual.
"Siasatan awal KKM mendapati premis tersebut menyediakan rawatan estetik yang hanya boleh disediakan di fasiliti kesihatan berdaftar atau berlesen dengan KKM. Peralatan pergigian yang disyaki digunakan untuk tujuan rawatan turut ditemui di premis-premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi penguatkuasaan itu turut disertai CKAPS Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya (CKAPS KL), CKAPS Selangor, CKAPS Pulau Pinang dan CKAPS Negeri Sembilan.
"Kes disiasat di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] kerana disyaki menyediakan sebuah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) yang tidak berdaftar atau berlesen selaras dengan ketetapan Seksyen 3 dan/atau Seksyen 4, Akta 586 dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 5, akta sama.
"Mana-mana orang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen ini, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. Sementara bagi suatu kesalahan dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan boleh didenda sehingga RM500,000," katanya.
Dr Noor Hisham berkata orang awam yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan estetik dinasihatkan mendapatkan rawatan di KPJKS yang berdaftar atau berlesen bawah Akta 586 melalui khidmat pengamal perubatan yang mempunyai "Letter of Credentialing and Privileging (LCP)" bagi memastikan perkhidmatan jagaan kesihatan diterima selamat dan berkualiti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Dr Noor Hisham berkata penguatkuasaan bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu dilakukan ke atas dua premis di Kuala Lumpur dan masing-masing sebuah premis di Selangor dan Pulau Pinang, semalam. - Gambar fail
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
Berjihad tawarkan kepakaran memasak kepada 31,600 jemaah di tanah suci
Chef Anas Ahmad dari Perlis memilih untuk tinggalkan keluarga dan lupakan bisnes kedai makanan hanya untuk berbakti kepada 31,600 jemaah dengan menawarkan kemahiran memasaknya atas alasan ia adalah satu jihad kerana tiada wang yang banyak untuk diberikan.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Malaysia lancar perpustakaan digital kesihatan pertama berkaitan kanser
Perpustakaan itu memiliki konsep asas yang wajar dipuji terutama dalam menyebarkan maklumat secara inklusif berkaitan kanser.
KKM bongkar klinik gigi haram di Melaka
Wanita itu mengaku memberikan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi dengan hanya menggunakan pengalaman dipelajari selama 7 hari di China.
KKM serbu 4 pusat kecantikan tidak berdaftar jalankan rawatan estetik
Operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu dilakukan ke atas dua premis di Kuala Lumpur dan masing-masing sebuah premis di Selangor dan Pulau Pinang, semalam.
Nora Danish kembali berlakon drama selepas Aidilfitri
Nora berkata beliau sudah lama tidak membuat kemunculan dalam kaca televisyen sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminatnya.
Pusat kecantikan tawar suntikan Botox diserbu
Pusat tersebut mengenakan caj bermula dari RM500 hingga RM1,000 untuk sekali rawatan.
Kes pembunuhan pekerja pusat kecantikan: Suami mangsa ditahan
Seorang lelaki warga India ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang pekerja pusat kecantikan malam tadi.