Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung satu lagi kes melibatkan kanak-kanak yang terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan secara ramai-ramai di Sungai Buloh, pada 25 Nov lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata prosedur berkhatan itu meskipun merupakan prosedur yang ringkas, namun komplikasi daripada prosedur berkenaan mungkin parah dan membawa padah kepada pesakit.
"Semua pengamal kesihatan yang menjalankan prosedur berkhatan bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai tahap kompetensi dan pengalaman yang mencukupi untuk menjalankan prosedur ini.
"Mereka diingatkan bahawa sebarang komplikasi yang terjadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing pengamal kesihatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau mengulas kejadian yang melibatkan kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun telah dibawa ke Hospital Selayang dua hari selepas menjalani prosedur berkhatan di surau berhampiran rumahnya dalam majlis berkhatan beramai-ramai itu.
Menceritakan kes itu, Dr Noor Hisham berkata ibu bapa kanak-kanak itu mendapati berlaku pendarahan di kemaluan dan air kencing anaknya mengalir keluar daripada lubang di bahagian bawah batang kemaluan (fistula korona) akibat kecederaan pada saluran kencing.
"Setelah diperiksa di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, didapati tiada pendarahan aktif di kemaluan seperti yang dilaporkan akhbar.
"Ibu bapa diberi penjelasan oleh Pakar Pembedahan Urologi Kanak-kanak bahawa rawatan pembedahan seelok-eloknya dilakukan setelah bengkak surut dan setelah saluran darah ke kepala kemaluan menjadi lebih lancar," katanya.
Bagaimanapun Noor Hisham berkata ibu bapa kanak-kanak itu memutuskan untuk mendapat pandangan daripada pakar lain di hospital swasta dan telah menandatangani pelepasan keluar dari hospital atas tanggungan risiko sendiri.
"Pihak Hospital Selayang turut memberi catatan rujukan ringkas bagi menjelaskan status pesakit, selain memaklumkan kepada ibu bapa bahawa mereka boleh datang semula untuk mendapatkan rawatan susulan pada bila-bila masa," katanya.
Kejadian berkenaan merupakan kejadian ketiga setelah dua kes berlaku pada Disember lepas. Kes pertama melibatkan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang bersunat di sebuah klinik di sini pada pertenghan bulan ini dan kes kedua melibatkan kanak-kanak berumur 10 tahun yang berlaku juga pada bulan ini di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
Menurut KKM, prosedur berkhatan itu meskipun merupakan prosedur yang ringkas, namun komplikasi daripada prosedur berkenaan mungkin parah dan membawa padah kepada pesakit. - Gambar hiasan
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Pengarang, penerbit Astro AWANI syukur dipilih tunai haji tahun ini
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai USD2.2 bilion di Malaysia
Bersama ditalian, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof. Dr Sufian Jusoh.
BPT SPRM berperanan kesan kelompongan, ketirisan dalam organisasi
Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM berperanan menjalankan siasatan bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja dan mengurangkan ketirisan dalam organisasi.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan dibuat Microsoft bernilai AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
AWANI Ringkas: Protest bertembung dengan kumpulan pro-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
NGO prihatin, bantu anak asnaf di Chow Kit berkhatan percuma
Program tajaan PERDIM dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan itu turut melibatkan tujuh lagi kanak-kanak dan dua dewasa mualaf.
Firaun Amenhotep I didapati berkhatan
Amenhotep I dipercayai telah meninggal dunia sekitar antara 1506 dan 1504 Sebelum Masihi.
21 maut ketika berkhatan di Afrika Selatan
Insiden malang ini dipercayai berpunca daripada kekurangan sokongan dan kemudahan untuk menjalankan prosedur tersebut.
Kepala alat sulit terpotong, remaja saman hospital kerajaan
Lelaki berusia 18 tahun itu mendakwa kecuaian itu telah menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong ketika berkhatan.
Doktor 'salah sunat' mengaku tidak bersalah
Seorang doktor yang dilaporkan terpotong kepala zakar kanak-kanak berusia 10 tahun ketika proses berkhatan tahun lepas, hari ini didakwa atas tiga pertuduhan.
Tiga beradik Cina sertai majlis berkhatan
Walaupun bukan satu kewajipan tetapi amalan dan kesedaran mengenai kebaikan berkhatan dalam kalangan orang bukan Islam juga semakin tinggi.
KKM akan tetapkan SOP untuk khidmat berkhatan - Dr Hilmi
Kementerian Kesihatan akan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kaedah berkhatan bagi semua hospital kerajaan, pusat perubatan serta klinik swasta.
KKM siasat kes ketiga kanak-kanak terpotong kemaluan ketika berkhatan
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung satu lagi kes melibatkan kanak-kanak yang terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan.
Najib saran syarikat tempatan eksport teknologi khatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar syarikat tempatan memperluaskan pemasaran teknologi berkhatan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga mengeksportnya.