awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM tambah keperluan sumber manusia di Hospital Lahad Datu

Bernama
Bernama
13/08/2025
21:00 MYT
KKM tambah keperluan sumber manusia di Hospital Lahad Datu
Dr Dzulkefly berkata hospital itu, yang berstatus hospital pakar minor dengan 13 kepakaran biasa, memerlukan penambahan tenaga kerja bagi meningkatkan keberkesanan rawatan. - Foto Facebook/Dzulkefly Ahmad
LAHAD DATU: Kementerian Kesihatan akan menempatkan keperluan sumber manusia khususnya pegawai perubatan termasuk pakar di Hospital Lahad Datu dengan kadar segera.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hospital itu, yang berstatus hospital pakar minor dengan 13 kepakaran biasa, memerlukan penambahan tenaga kerja bagi meningkatkan keberkesanan rawatan.
"Kita sudah mengenal pasti 13 pegawai dalam fasa pertama penempatan dan tujuh (lagi) kita akan tambah pada fasa kedua," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Beliau kini dalam lawatan kerja intensif selama tiga hari, yang berakhir esok, ke 22 fasiliti kesihatan membabitkan enam daerah di Sabah.
Zulkefly juga berkata kerja-kerja penambahbaikan Hospital Lahad Datu akan dilaksana di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
"Saya melihat sendiri keretakan di wad bersalin dan saya mengambil perhatian segera... hal ini telah kita masukkan dalam RMK13 untuk kita segera baik pulih kerana pada saya, ia adalah mustahak... saya tidak boleh bertolak-ansur dengan perkara ini.
"Selain itu, beberapa fasiliti uzur turut dikenal pasti dan perlu dibaik pulih segera demi keselamatan pesakit serta warga kerja hospital," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#sumber manusia
#Hospital Lahad Datu
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan