KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini tidak bersetuju dengan beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pihak industri perkhidmatan kecantikan untuk melonggarkan beberapa prosedur amalan perkhidmatan yang ditawarkan mereka.
Menurut Menterinya Khairy Jamaluddin, beberapa prosedur perkhidmatan yang diamalkan oleh pemain industri berkenaan dilihat mempunyai risiko kesihatan tertentu.
“Industri kecantikan telahpun merayu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan KKM supaya prosedur perkhidmatan dapat dikendalikan oleh pengamal perkhidmatan kecantikan.
“Tetapi bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita tidak benarkan sebab bagi kita di KKM banyak daripada prosedur ini mempunyai risiko dan hanya dapat dilaksanakan oleh pegawai perubatan,” katanya ketika ditemui media selepas hadir pada majlis Launch of BEAUTY (Bring Education and Understanding to You) and Health di sini hari ini.
Jelasnya lagi, bagaimanapun pihaknya bersetuju untuk mengadakan sesi libat urus bersama KPDNHEP untuk melihat ruang yang boleh dipertimbangkan oleh kedua-dua pihak.
Buat masa ini kebanyakan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk perkhidmatan rawatan laser masih belum mendapat persetujuan oleh pihak KKM.
Dalam pada itu Khairy turut menjelaskan KKM setakat ini juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengamal perkhidmatan pergigian yang membabitkan mereka yang tidak berdaftar secara sah dan diiktiraf pleh pihak KKM.
Tindakan tegas akan dilakukan terhadap mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan pergigian secara haram jika dikesan.
“Hal ini tidak akan kita kompromi dan kita akan meningkatkan penguatkuasaan untuk memastikan bahawa tiada kes ataupun tempat yang mana doktor gigi palsu ini memberi perkhidmatan,” katanya lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Aug 11 2022
KKm setakat ini tidak bersetuju dengan rayuan industri perkhidmatan kecantikan untuk melonggarkan syarat prosedur perkhidmatan mereka. - Gambar fail
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Putin angkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima pada Selasa
Vladimir Putin akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima yang akan berlangsung di ibu negara, Moscow pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Kepala air Lahad Datu: Aktiviti river hiking tidak dapat kelulusan, kebenaran
Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku semalam.
Pengawal selia tempa haluan untuk inovasi yang mampan dan selamat pada IRC 2024
Menghimpun pengawal selia serantau dan pemimpin industri dalam membincangkan usaha mengimbangi dasar dan amalan bagi mendepani cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia.
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.
Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Turkiye Jun ini
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan melakukan lawatan rasmi ke Turkiye pada Jun ini bagi meningkatkan lagi kerjasama strategik dari segi pertahanan antara kedua-dua negara.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Tengku Zafrul
81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan.
Tumpuan Selasa - 07 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.