KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan bahawa penerima dos penggalak vaksin COVID-19 pula akan diletakkan di bawah kategori lengkap vaksinasi.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, perkara tu dalam pertimbangan memandangkan wujud risiko gelombang baharu seperti kemunculan varian Omicron, penurunan efikasi vaksin dalam badan penerima, serta rakyat yang mula leka dan alpa.
Jelas Ahli Parlimen Rembau itu lagi, perkata itu akan diputuskan selepas Malaysia melihat dan menilai pengalaman negara-negara lain yang telah melaksanakan langkah tersebut.
"Soalan dia, sama ada kita akan buat keputusan, kalau tidak ambil dos penggalak kira tak lengkap? Kita sedang kaji pengalaman di negara lain, ada negara yang buat keputusan bahawa dos penggalak ini diperlukan untuk seseorang dikategorikan sebagai penerima dos lengkap, atau penerima vaksinasi lengkap.
"Kalau kita dapati kes meningkat, dan kemasukan ke hospital meningkat, disebabkan keengganan orang untuk terima dos penggalak, dan sudah menjadi norma antarabangsa untuk mereka mensyaratkan vaksinasi lengkap itu penerima series primer, dan dos penggalak, maka kita akan membuat keputusan yang sama.
“Tapi belum lagi," kata Khairy ketika ditemubual Editor Astro Awani, Essan Yahya, dalam Agenda AWANI - Dos Penggalak Sebagai Perisai - yang disiarkan pada malam Ahad.
Pada 24 November lepas, Khairy dilaporkan sebagai berkata, Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) telah mengesyorkan dos penggalak melibatkan tiga jenis vaksin diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.
Beliau berkata, dos itu ialah vaksin Comirnaty, AstraZeneca dan CoronaVac, dengan keutamaan penerima mengikut turutan umur, petugas barisan hadapan, individu dengan komorbiditi, wanita hamil dan keperluan ke luar negara.
Jelas beliau lagi, vaksin dos penggalak diberikan di fasiliti pengamal perubatan swasta atau di luar fasiliti kesihatan swasta (off-site), dan ia juga diberikan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan terpilih, serta aktiviti jangkau luar (outreach).
Dalam pada itu, Khairy mengakui, ancaman terbesar terhadap usaha pelaksanaan dos penggalak ini adalah - 'WhatsApp group' warga emas.
Beliau berkata, amat sukar untuk kerajaan memantau penularan berita palsu dalam aplikasi tersebut, sehingga ia mampu memberi risiko terhadap usaha mengekang gelombang baharu COVID-19.
"Ancaman paling besar program Booster ni adalah WhatsApp group warga emas. Sebab macam-macam berita palsu dalam tu. Mak saya sendiri nak ambil booster dose minggu depan, dia hantar dekat saya macam-macam diterima. Selamat ke, ada kesan sampingan ke, perlu ke ambil... macam-macam.
“Jadi kita faham (penjelasan) sains semua ini, mungkin ramai sukar untuk memahaminya, kena sampaikan dengan kaedah mudah untuk difahami. Mereka kena keluar dari WhatsApp group tu," katanya secara berseloroh.
Firdaus Azil
Sun Nov 28 2021
Khairy berkata, perkata itu akan diputuskan selepas Malaysia melihat dan menilai pengalaman negara-negara lain yang telah melaksanakannya. - Gambar fail/BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.