KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan program RIUH-Keluarga Malaysia bermula Januari tahun depan dalam usaha mempromosi dan memartabat industri kreatif tempatan.
Timbalan Menteri KKMM Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata program itu, yang juga bertujuan memulihkan ekonomi serta merancakkan sektor pelancongan, akan diadakan di setiap negeri secara berperingkat.
Beliau berkata RIUH-Keluarga Malaysia akan dilaksana melalui kerjasama antara KKMM, MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA).
"Program ini akan melibatkan 5,000 peluang pekerjaan... melalui program ini juga, kita akan buat pertunjukan, jualan dan sebagainya untuk menyemarakkan industri kreatif," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran STAR/KL dan Bamboo House KLWKND di sini malam tadi.
Pameran itu diadakan sempena 'Art In The City' (AITC) 2021 yang merupakan acara tahunan anjuran CENDANA bagi menyemarakkan kembali seni dan budaya di ibu kota.
BACA: Kerajaan akan terus sokong industri kreatif melalui MyCreative, CENDANA dan RIUH
Terdahulu, Zahidi dalam ucapannya berkata acara seperti AITC adalah penting dalam mengetengahkan sektor seni kreatif yang merupakan tunjang utama tradisi, warisan dan kebanggaan negara.
"Saya berharap kolaborasi strategik sebegini dapat dijadikan contoh untuk pihak lain membawa pihak kerajaan, swasta dan pemain industri secara bersama.
"Saya yakin kolaborasi sebegini dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara demi manfaat semua selari dengan saranan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang kian hari kian penting untuk semua pemegang taruh dalam setiap industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Zahidi (tengah) melawat pameran 'Art In City 2021' anjuran CENDANA bersama Yayasan Telekom Malaysia di Muzium Telekom, Kuala Lumpur, 25 Nov 2021. - Gambar fail BERNAMA
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zahidi hantar borang keahlian tapi bukan Pas, PN
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan telah menghantar borang keahlian untuk memohon menyertai sebuah parti, namun bukan Pas.
Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi
Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.
PRU15: Shahidan, Ismail, Zahidi, Azhar dialu-alukan sertai Pas
Setiap calon terbabit memiliki kelebihan masing-masing dan Pas tidak menolak sekiranya pemimpin berkenaan berminat untuk menyertai parti itu atau mana-mana parti di bawah gagasan PN.
PRU15: UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain
Turut digugurkan Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Azhar Ahmad (DUN Kuala Perlis).
PRU15: 'Ribut politik Perlis', Shahidan sah di Arau, di mana Zahidi?
Sehingga ke saat ini, kedudukan Zahidi Zainul Abidin masih menjadi tanda tanya.
PRU15: UMNO Padang Besar tak setuju calon 'payung terjun', Zahidi tawar diri
Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin akan mempertahankan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PRU15: Kedudukan Shahidan, Zahidi diketahui hari ini atau esok
Sebelum ini, timbul desas-desus Azlan yang juga Menteri Besar akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya
Ia sebagai antara langkah untuk mendepani cabaran pencerobohan siber ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Padang Besar cadang MB Perlis daripada kalangan wanita
Zahidi juga menyeru Wanita UMNO supaya bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15.