KUALA LUMPUR:Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memfokuskan usaha mempercepatkan penyediaan kemudahan capaian internet bagi kawasan 'last mile' atau pedalaman di beberapa kawasan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, tahun ini.
Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun pelbagai inisiatif menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan namun usaha penyediaan infrastruktur capaian internet harus dipercepatkan.
Beliau berkata, sasaran KKMM adalah untuk memastikan kira-kira empat peratus kawasan yang masih tiada capaian internet di Pantai Timur dan beberapa lokasi lain di Semenanjung serta pedalaman Sabah dan Sarawak, mendapat kemudahan komunikasi itu.
"Kemudahan internet yang perlu disediakan hendaklah praktikal, misalnya rumah panjang di Sarawak tidak sesuai untuk menggunakan gentian optik atau jalur lebar, tetapi sesuai dengan menggunakan satelit.
"(Di Sarawak) Saya beritahu MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), kita perlu segera cadangkan, tentukan dan sediakan jenis satelit apa yang sesuai, jangan tunggu cadangan itu datang sendiri," katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan program bual bicara di RTM 1, Jumaat pagi.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata KKMM menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut menyasarkan usaha memperluaskan jumlah pekerjaan nilai tinggi dalam sektor ekonomi gig.
Jelasnya, ketika ini perkembangan pekerjaan nilai tinggi dalam sektor ini hanya pada paras 20 peratus dan kementerian itu menyasarkan peningkatan kepada sekurang-kurangnya 40 peratus pada tahun ini.
"Cabaran kita dan MDEC sekarang bukan untuk menarik jumlah pekerja ekonomi gig, kerana jumlah mereka memang ramai, sebaliknya kita mahu menambah peluang pekerjaan nilai tinggi sektor itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 01 2021
SAIFUDDIN: Usaha penyediaan infrastruktur capaian internet harus dipercepatkan. - Gambar fail
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly
KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal membayar bil.
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.
Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.