Sekurang-kurangnya 500 menara komunikasi baharu dirancang untuk dibina di 210 mukim di seluruh negara bermula suku keempat tahun ini, bagi penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar 4G.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata rancangan itu merupakan antara inisiatif penyediaan perkhidmatan jalur lebar yang sedang dalam peringkat pelaksanaan di seluruh negara bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan.
Selain itu, beliau berkata 280 menara baharu dari segi penyediaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G sedang dalam peringkat pelaksanaan dan kesemuanya dijangka siap serta beroperasi secara berperingkat bermula suku pertama 2021.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Donald Peter Mojuntin, di Dewan Negara hari ini, yang mahukan penjelasan berhubung rancangan kementerian untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar dari segi kelajuan dan keluasan liputan merangkumi seluruh Malaysia berikutan kebergantungan terhadap internet yang mendadak susulan COVID-19.
Zahidi berkata 377,360 pelanggan sedia ada di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan rangkaian berasaskan tembaga akan dinaik taraf ke rangkaian gentian optik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Inisiatif yang disarankan melalui Telekom Malaysia Berhad ini dijangka siap secara berperingkat menjelang 2021. Jumlah ini akan diselaraskan dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor perolehan langgan pelanggan.
"Sebanyak 33,112 sambungan jalur lebar talian tetap di pinggir bandar sekarang dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat pada hujung 2020," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata SKMM telah bekerjasama dengan pihak industri dan penyelia perkhidmatan telekomunikasi untuk membangunkan satu pelan infrastruktur digital dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan di seluruh negara dengan menggunakan pelbagai teknologi.
Sementara itu, Zahidi berkata kementerian itu sedang berusaha meningkatkan kawasan liputan perkhidmatan 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus, menjadikan hanya 3.1 peratus sahaja kawasan yang tidak mendapat liputan.
"Bagaimanapun kita lihat ada kawasan-kawasan di seluruh negara mempunyai kawasan blindspot (sukar mendapat perkhidmatan liputan jalur lebar seperti kawasan bukit).
"Jadi kita minta kawasan-kawasan yang tiada liputan untuk maklumkan kepada SKMM dan kita segera tangani masalah itu," katanya menjawab soalan tambahan Mojuntin berhubung keseimbangan penyambungan internet antara bandar dan luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
ZAHIDI: 377,360 pelanggan sedia ada di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan rangkaian berasaskan tembaga akan dinaik taraf ke rangkaian gentian optik oleh SKMM. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
ECRL Malaysia yang pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Rangkaian komunikasi itu akan membantu meningkatkan tahap keselamatan serta membolehkan komunikasi dan isyarat lebih pantas.
Lawrence Wong dipilih ketuai pasukan 4G, buka laluan sebagai bakal PM Singapura
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan para menteri republik itu memilih Menteri Kewangan semasa Lawrence Wong sebagai Ketua Pasukan Generasi Keempat (4G) yang baharu.
SKMM jangka tutup rangkaian 3G sepenuhnya bulan depan
Perkhidmatan liputan 4G di negara ini akan ditambah baik dalam memastikan mutu perkhidmatan rangkaian itu mampu memuaskan hati pelanggan.
Lima menara baharu dibina di Sabah, wujudkan rangkaian liputan lebih pantas
226 stesen pemancar sedia ada dinaik taraf kepada teknologi 4G dan 399 stesen pemancar sedang dinaik taraf secara berperingkat di Sabah.
Celcom, ZTE optimumkan 100 tapak rangkaian di Sabah & Sarawak sebagai persediaan 4G
Penggunaan L900 dikenalpasti dapat menyelesaikan penambahbaikan 4G dengan segera.
Rangkaian 4G untuk semua kawasan Felda dalam masa terdekat - Annuar
Kesemua 317 kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara akan diberikan keutamaan dalam mewujudkan kesalinghubungan rangkaian 4G dalam masa terdekat.
Maxis lancar kempen dan promosi pacu naik taraf 4G
Maxis Bhd telah melancarkan kempen "Balas Budi dengan 4G" yang bertujuan untuk menyokong dan membantu pelanggan dalam membuat peralihan kepada rangkaian 4G.
Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC
Perkembangan memberangsangkan ini susulan inisiatif pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Yoodo tawar pelan data internet 80GB sebulan serendah RM5
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 telah menunjukkan penggunaan internet harian meningkat dengan ketara.
Lebih 1,000 penduduk dua kampung di Setiu nikmati liputan 4G - MCMC
Menara komunikasi itu juga memberi manfaat dan impak positif untuk sektor pelancongan kerana berdekatan dengan pantai Penarik.