awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

K-KOMM anjur Program Brisk Walk jayakan Hari Belia Negara 2022

Bernama
Bernama
13/07/2022
21:30 MYT
K-KOMM anjur Program Brisk Walk jayakan Hari Belia Negara 2022
Annuar (dua, kiri) menyertai Aktiviti 'Brisk Walk' Sempena Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (K-KOMM) di sekitar Tasik Presint 4 pada Rabu. -Bernama
PUTRAJAYA: Sebagai menyokong usaha menjayakan Hari Belia Negara 2022, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini menganjurkan Program Brisk Walk bersama warga kementerian.
Program itu disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek bersama lebih 100 warga kementerian itu serta pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
Mereka berjalan sejauh 2.5 kilometer di sekitar Kompleks K-KOMM di sini, bermula pada 6 petang.
Mohammad berkata menerusi program bermanfaat tersebut warga K-KOMM dapat beriadah secara santai selepas bekerja keras di pejabat masing-masing, selain berinteraksi antara satu sama lain.
"Dengan aspirasi Keluarga Malaysia, K-KOMM juga akan menyokong usaha kementerian lain sebagai tanda kerjasama yang berpanjangan," katanya sempena penganjuran program itu yang bertujuan menyokong usaha Kementerian Belia dan Sukan menjayakan Hari Belia Negara 2022.
Sambutan Hari Belia Negara 2022 akan diadakan di Tuaran, Sabah pada 15 hingga 17 Julai ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Hari Belia Negara 2022
#Program Brisk Walk
#K-KOMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan