KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menyemak terlebih dahulu situasi projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan sebelum mengenakan sebarang tindakan seperti denda atau penalti.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
"Kita tidak boleh sembarangan. Saya telah diberitahu oleh pegawai, projek itu akan siap pada bulan Jun nanti.
"Kita akan semak dulu dan pastikan apa yang perlu dilakukan sama ada denda atau tidak. Saya tidak boleh pastikan sekarang dan kena semak sebaik-baiknya supaya adil kepada semua pihak," katanya kepada media pada Majlis Interaksi dan Sambutan Aidilfitri Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan anak syarikat bersama industri di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari.
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
"Kalau patut dibayar kita bayar...buat masa sekarang kita belum mendapat apa-apa juga rayuan daripada mereka, jadi buat masa sekarang kita boleh katakan tiada apa lagi. Kita tengok kalau dia (pemaju) tuntut apa-apa bayaran yang boleh melibatkan kenaikan kos...sepatutnya tidak ada," katanya.
Semalam Nanta berkata KKR akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Beliau telah dimaklumkan oleh pegawai KKR berhubung perkara berkenaan dan setakat ini, projek itu berbaki dua peratus sahaja yang belum siap seperti dinyatakan Kementerian Pertahanan sebelum ini.
Nanta berkata beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam masa terdekat, bagi menjelaskan isu kelewatan projek pembinaan kolam selam tempur itu dan siasatan terperinci mengenainya masih dijalankan untuk memberi keadilan kepada semua pihak terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan. - Gambar Bernama
X kini beralih kepada domain X.com, tidak lagi guna jenama Twitter
https://amanz.my/2024454834/
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Gerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) di negara ini masih terkawal.
iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan rekaan kamera belakang di bahagian atas-tengah
iPhone 17
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman tujuh hari.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Arab Saudi umum penalti 10,000 Riyal jika memasuki 7 kawasan tanpa permit haji
Penalti dikenakan terhadap semua individu termasuk warganegara, pemastautin dan pengunjung yang ditangkap dalam kawasan itu tanpa permit haji.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
KKR akan semak projek kolam tempur Kem Iskandar sebelum kenakan denda - Nanta
Nanta berkata kementeriannya juga perlu menyemak kepada syarat-syarat kontrak mereka, jika pemaju ada menuntut sebarang kos tambahan.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Korea Selatan cemas sebelum singkir Arab Saudi menerusi penentuan penalti
Korea Selatan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023 apabila mengalahkan Arab Saudi 4-2 menerusi penentuan penalti.
EPL: Klopp bengang Liverpool tidak diberikan sepakan penalti
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, bengang apabila pasukannya tidak diberikan sepakan penalti ketika terikat 1-1 dengan Arsenal.
Kartel harga makanan ayam: MyCC kenakan penalti RM415.5 juta kepada lima syarikat
Syarikat-syarikat berkenaan dikenakan penalti kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.
LHDN seru pembayar cukai rebut tawaran PKPS 2.0 tanpa penalti
Pembayar cukai adalah disarankan mengambil peluang untuk menyertai PKPS 2.0 ini, bagi mengelakkan dikenakan tindakan audit sedia ada.
Piala Dunia Ragbi: George Ford pastikan England buka kempen dengan kemenangan
Ford menjaringkan tiga gol sepakan dan enam penalti, sekali gus memaksa Argentina menelan kekalahan di Stade Velodrome.
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.