awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR tingkat kesiapsiagaan hadapi Monsun Timur Laut, rakyat digesa berjaga-jaga

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
01/12/2025
11:08 MYT
KKR tingkat kesiapsiagaan hadapi Monsun Timur Laut, rakyat digesa berjaga-jaga
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyampaikan sijil pada Majlis Penyerahan Kelengkapan Launching Nose Jambatan Panel Keluli Bermodular JKR Malaysia. - Foto KKR
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyeru rakyat agar meningkatkan kewaspadaan susulan Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat luar biasa di beberapa negeri, dengan tempias daripada cuaca ekstrem di selatan Thailand berkemungkinan melimpah ke Malaysia.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kerja Raya (KKR) menyeru rakyat agar meningkatkan kewaspadaan susulan Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat luar biasa di beberapa negeri, dengan tempias daripada cuaca ekstrem di selatan Thailand berkemungkinan melimpah ke Malaysia.
  • KKR dalam kenyataan memaklumkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini berada pada tahap operasi tertinggi melalui pengaktifan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) ke Tahap 3 yang kini beroperasi 24 jam bagi memantau situasi jalan raya, cerun, jambatan serta tindak balas kecemasan secara menyeluruh.
  • Semua Pejabat JKR Negeri dan Daerah juga telah diarahkan bersiap siaga menggerakkan kakitangan, jentera dan aset berat sekiranya berlaku banjir, tanah runtuh atau gangguan perhubungan darat.

KKR dalam kenyataan memaklumkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini berada pada tahap operasi tertinggi melalui pengaktifan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) ke Tahap 3 yang kini beroperasi 24 jam bagi memantau situasi jalan raya, cerun, jambatan serta tindak balas kecemasan secara menyeluruh.
Semua Pejabat JKR Negeri dan Daerah juga telah diarahkan bersiap siaga menggerakkan kakitangan, jentera dan aset berat sekiranya berlaku banjir, tanah runtuh atau gangguan perhubungan darat.
Delegasi JKR Malaysia meninjau struktur Jambatan Panel Keluli Bermodular yang dipamerkan semasa demonstrasi pemasangan. - Foto KKR
Delegasi JKR Malaysia meninjau struktur Jambatan Panel Keluli Bermodular yang dipamerkan semasa demonstrasi pemasangan. - Foto KKR
Bagi memastikan laluan kritikal tidak terputus, KKR menyerahkan 12 Launching Nose bagi mempercepat pembinaan Bailey Bridge iaitu jambatan sementara digunakan di lokasi runtuhan akibat banjir dan hakisan tebing.
Selain itu, kerja-kerja menyenggara cerun runtuh dilaksanakan secara lebih giat untuk mengurangkan risiko lanjutan terutama di kawasan yang kerap mengalami ketidakstabilan tanah ketika hujan berpanjangan.
KKR turut mengingatkan orang ramai khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi tanda amaran di lokasi cerun dan kawasan rendah, selain mengikuti kemas kini rasmi di saluran media.
Pihak kementerian menegaskan bahawa langkah berjaga-jaga adalah kunci utama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sepanjang musim monsun.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melepaskan isyarat demonstrasi pemasangan Launching Nose sambil disaksikan kepimpinan tertinggi JKR. - Foto KKR
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melepaskan isyarat demonstrasi pemasangan Launching Nose sambil disaksikan kepimpinan tertinggi JKR. - Foto KKR
Maklumat terkini cuaca, amaran banjir, serta laporan keadaan jalan raya akan dikemas kini secara berkala menerusi laman web dan media sosial seperti yang tertera:
  • https://www.kkr.gov.my/ms/laman-utama
  • https://www.facebook.com/KementerianKerjaRaya/
  • https://x.com/moworksmy
  • https://www.instagram.com/kkr_malaysia/
  • https://www.tiktok.com/@kementeriankerjaraya
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#KKR
#JKR
#monsun timur laut
#Bilik Gerakan Bencana
#banjir
#tanah runtuh
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan