KUALA LUMPUR: Acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) akan membuat kemunculan semula secara fizikal dengan penuh bergaya tahun ini di Pavilion Kuala Lumpur di sini, menampilkan lebih 40 koleksi pakaian sedia pakai pereka tempatan, dari 17 hingga 22 Ogos.
Pengasas KLFW Andrew Tan berkata edisi ke-10 KLFW itu bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia dalam menyesuaikan diri, berkembang dan meningkatkan produktiviti, inovasi serta kreativiti secara berterusan.
Beliau berkata sejak pelaksanaannya pada 2013, KLFW telah menyediakan platform untuk pereka Malaysia dan industri fesyen tempatan bersatu, meraikan dan menghormati setiap koleksi pereka fesyen tempatan.
"Apabila saya mulakan KLFW pada tahun 2013, saya tahu bahawa ia akan menampilkan risiko besar dan usaha yang gigih.
"Saya bangga untuk mengatakan bahawa KLFW telah mencapai semua parameter yang telah kami tetapkan untuk diri kami sendiri, dan pada 2022 ini, memasukan edisi ke-10, ia adalah penganjuran fesyen yang cukup menakjubkan," katanya pada majlis pelancaran media acara pada Khamis.
Tan berkata antara pereka yang dijangka menyertai Minggu Fesyen ini ialah Innai Red, Farah Khan, Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Rizman Ruzaini serta senarai pereka yang sedang meningkat naik dalam negara.
Pada tahun 2020 KLFW telah mengadakan pertunjukan fesyennya secara dalam talian, manakala tahun lepas, ia telah dianjurkan secara digital dan fizikal dengan kehadiran yang terhad disebabkan oleh pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Andrew Tan berucap pada majlis pelancaran media acara Kuala Lumpur Fashion Week pada Khamis. --fotoBERNAMA
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
KLFW 2022 kembali untuk edisi kesepuluh bermula 17 Ogos
Edisi ke-10 KLFW itu bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia
KLFW 2021 gabungan fesyen dan warisan
KLFW edisi kesembilan itu bukan sahaja menjadi platform meraikan bakat pereka tempatan, malah menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia.
KL Fashion Week 2020 secara dalam talian bermula esok sehingga 13 Nov
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2020 akan dijayakan sepenuhnya secara digital bermula esok sehingga 13 November menerusi platform dalam talian.
Gaya dan kejutan! Ini 5 trivia KLFW 2019 yang anda perlu tahu
Sebelum anda hadir ke acara berprestij ini, Astro AWANI akan kongsikan lima perkara menarik mengenai KLFW 2019.
Pentas KLFW kembali, fokus kepada pereka fesyen tanah air - Pengasas KLFW
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini kembali buat tahun ketujuh bagi meraikan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia.
"Maaf bro, tak perasan" - Ismail Izzani jawab tuduhan acah tahap dewa
Kata Ismail, dia tidak menyedari pelawaan jurugambar itu ketika mahu membidik fotonya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 berlangsung 8-12 Ogos ini
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini bersedia menerima kunjungan peminat dan pemain industri fesyen tempatan.
Model bukan satu kerjaya yang mudah - Tinie
Supermodel Tinie membicarakan tentang apa masyarakat tidak tahu mengenai realiti kerjaya seorang peragawati.