KUALA LUMPUR: Sebarang kelemahan khususnya dari segi perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) harus diakui dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata beliau bagaimanapun sedia maklum bahawa sudah banyak pembaharuan yang telah dilakukan pihak pengurusan KLIA ketika ini.
"Sebagai rakyat Malaysia kita kena lihat apa sebab utama KLIA telah 'diiktiraf' sebagai salah satu lapangan terbang yang tidak memberikan perkhidmatan terbaik.
"Tetapi dengan banyak pembaharuan yang saya lihat dibuat pihak pengurusan KLIA, pastinya kerajaan dalam masa yang sama mempunyai perancangan yang baik dan menarik pada masa akan datang... jadi apa pun kelemahan kena akui dan pastikan setiap kelemahan itu diperbaiki dan seterusnya jadi kekuatan dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Penyampaian Standard Kraftangan Malaysia hari ini.
Baru-baru ini, sebuah laman web menyenaraikan KLIA di kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarkan perkongsian pengalaman pengembara perniagaan.
Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) memeterai MoU bersama enam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menjalinkan kerjasama strategik dari sudut penyelidikan, pemasaran dan teknologi.
Enam IPT tersebut ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniszA) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Terdahulu, Khairul Firdaus dalam ucapannya berkata inisiatif itu menunjukkan komitmen semua pihak dalam menggalas mandat di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dengan memperkasa rakyat menerusi bidang pendidikan tinggi.
"Justeru, harapan kami di kementerian dan Kraftangan Malaysia agar kerjasama strategik ini akan melonjakkan kecemerlangan pengajian tinggi tempatan. Selain itu, usaha ini juga dapat menjadikan pengisian pengajian lebih berkualiti dan relevan," katanya.
Dalam program sama, Khairul Firdaus turut menyampaikan sijil penilaian Standard Kraftangan Malaysia kepada 154 usahawan kraf bagi mengukuhkan dan meningkatkan daya saing usahawan kraf tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Baru-baru ini, sebuah laman web menyenaraikan KLIA di kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarkan perkongsian pengalaman pengembara perniagaan. - Gambar fail
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
'Saya masih menyayangi isteri saya' - Suspek kes tembak KLIA
"Assalamualaikum...saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa', terima kasih."- Suspek
Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.