Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) adalah selamat untuk operasi dan memenuhi semua piawaian antarabangsa yang perlu, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata ini berdasarkan jaminan yang diberikan oleh badan pakar antarabangsa termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan laporan yang disediakan oleh perunding tempatan.
"Kami tidak pernah berkompromi mengenai aspek keselamatan di KLIA2. Laporan menyatakan bukan sahaja selamat dalam semua aspek tetapi juga memenuhi piawaian antarabangsa.
"Kita lihat aspek keselamatan berhubung kait dengan perjalanan penumpang, dunia tanpa sempadan dan penting bagi agensi-agensi terlibat seperti Kastam, polis, bomba, Jabatan Kerja Raya dapat bekerjasama. Kerana ini menggambarkan keupayaan negara bangsa kita," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan stesen Express Rail Link (ERL) di KLIA2 di sini, pada Rabu.
Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Terminal penerbangan tambang rendah itu dijadual dibuka pada 2 Mei sementara Air Asia akan memindahkan semua operasi dari Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) ke lapangan terbang baharu itu pada 9 Mei. KLIA2 boleh menampung sehingga 45 juta penumpang setahun.
Hishammuddin berkata banyak cabaran yang perlu ditangani oleh klia2 termasuk pergerakan penumpang, perjalanan dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa KL (KLIA) ke KLIA2, dan memastikan semua agensi bekerjasama.
"Ini adalah projek ikonik yang kita perlu sama-sama banggakan. Jelas dari segi semua yang terlibat bahawa perjalanannya bukan mudah, namun berjaya dilaksanakan.
"Semua ujian telah dijalankan tetapi saya ingin mengambil kesempatan terlebih dahulu untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan dan rakan-rakan saya dalam Kabinet yang terbabit bagi memastikan tarikh (pembukaan) yang dijadualkan menjadi kenyataan. Saya berharap semuanya akan berjalan lancar pada Khamis," kata beliau.
Sementara itu, Hishammuddin mengesahkan bahawa kos RM100 juta bagi landasan ERL ke KLIA2 sebenarnya bagi penyambungan landasan sejauh 2.2 kilometer dan bukan satu kilometer seperti dilaporkan.
Beliau juga menjelaskan bahawa caj tambahan RM2 bagi perkhidmatan ERL dari KLIA ke KLIA2 adalah untuk tujuan penyelenggaraan dan kerja-kerja operasi.
"Kita perlu membuat perancangan masa depan dan berupaya menyalurkannya kepada generasi akan datang. Oleh itu, kami mengambil kira aspek ini sekarang," kata beliau.
Bernama
Thu May 01 2014
KLIA2 selamat untuk operasi, memenuhi piawaian antarabangsa
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
Caj servis penumpang kepada ERL tak dibayar mulai 2029, harga tiket ikut pasaran - Anthony Loke
ERL tidak bercadang naikkan kadar tambang semasa menjelang 2029.
ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos
Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.
ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit 3 Jan tahun depan
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Ekspres dan KLIA Transit dari 3 Jan 2023 untuk menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL tambah kekerapan perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit
ERL yang mengendalikan KLIA Ekspres dan KLIA Transit meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren mulai 1 Ogos bagi menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia.
25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro
Ini merupakan tahun kesembilan penglibatan ERL dalam memberikan sokongan operasi kepada Makkah Metro sejak 2012.
ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend'
Usaha itu bertujuan menggalakkan dan memulihkan keyakinan orang ramai untuk kembali menggunakan pengangkutan awam.
Bersiar-siar menaiki ERL hujung minggu ini dengan hanya RM1
Rakyat Malaysia berpeluang 'makan angin' menaiki perkhidmatan tren Express Rail Link (ERL) pada Sabtu dan Ahad ini dengan hanya RM1 untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL.