Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya yang mengguris sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Beliau berkata PDRM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat klip video kontroversi berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya selepas merasmikan Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bersempena Hari Polis ke-211, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.
Minggu lepas, Namawee memuat naik klip video terbaharunya bersempena Tahun Baharu Cina bertajuk 'Like A Dog' yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Kembara bermotosikal selama tiga hari itu membabitkan perjalanan sejauh 1,103 kilometer disertai lebih 50 pegawai dan anggota dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bermula dari Pulapol ke lima buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.
"Ini merupakan inisiatif PDRM dalam usaha mengumpul dana bagi membantu pesara polis dan anggota keluarga mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2018
PDRM telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya yang mengguris sensitiviti masyarakat. - Gambar fail/Facebook Namewee
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kertas siasatan Ketua Pemuda UMNO, dirujuk Pejabat Peguam Negara minggu depan - KPN
Kertas siasatan kes Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah dijangka siap lima hari lagi.
Polis lengkapkan kertas siasatan kes salah laku seksual guru wanita, pelajar
Polis telah merakam keterangan seorang guru wanita bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes mencabul seorang pelajar lelaki yang tular baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Mac 2024.
Polis Kelantan buka tujuh kertas siasatan berkait salah laku pegawai, anggota polis
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kertas siasatan itu, antaranya terdiri daripada kes khalwat, banduan lolos, kesilapan kerani bertugas dan rogol.
Kertas siasatan Tony Pua siap dalam tempoh terdekat - KPN
Kertas siasatan berhubung kenyataan Tony Pua didakwa menghina institusi diraja berkaitan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka siap dalam tempoh terdekat.
Siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' selesai minggu ini - Polis
Kertas siasatan berhubung "Himpunan Selamatkan Rakyat" dijangka dilengkapkan minggu ini untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Seramai 311 pegawai, anggota polis di Selangor disiasat tahun lepas
Polis Selangor membuka kertas siasatan berkaitan kes tatatertib dan jenayah terhadap seramai 311 pegawai dan anggota sepanjang tahun lepas.
Ceroboh kediaman MB Selangor: Kertas siasatan dirujuk kepada pendakwaan esok
Kertas siasatan berhubung kejadian tiga pengamal media tempatan menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor, diserah kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri, esok.
Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu.
Mayat dalam kolah: Polis kesan dua lelaki warga asing
Polis sedang mengesan dua lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat di dalam kolah mandi bilik air di sebuah rumah, semalam.