Skip to main content

Malaysia

TNB lapor polis insiden pembaca meter dikasari

TNB memandang serius kejadian tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
TNB memandang serius kejadian tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Advertisement

PUTRAJAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat laporan polis berhubung insiden melibatkan kekasasaran terhadap pembaca meter TNB ketika sedang menjalankan tugas rasmi di Pangsapuri Taman Bukit Segar, Kuala Lumpur, pagi Khamis.

Menerusi kenyataan, TNB memandang serius kejadian tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

"TNB memandang serius terhadap sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan warga kerja yang sedang menjalankan tugas. ," katanya.

Advertisement

Ujar TNB, berdasarkan laporan awal, petugas berkenaan telah didatangi dan diserang oleh dua individu ketika berada di kawasan pangsapuri tersebut. Insiden itu menyebabkan petugas mengalami kecederaan dan beliau telah mendapatkan rawatan di hospital.

"Orang ramai dimohon memberikan kerjasama kepada petugas TNB serta menyalurkan sebarang pertanyaan atau maklumbalas melalui saluran rasmi TNB," jelas syarikat itu. - Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement