Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kluster baharu COVID-19 dikesan di Tongod, Sandakan iaitu Kluster Kuarters.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, juga berkata Sabah mencatat kes tertinggi dengan 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12).

Sementara itu katanya, tiada kematian baharu dilaporkan.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Isnin, 21 September 2020:

1 - KKM kesan satu kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Kuarters.

2 - Kes jangkitan COVID-19 di negara ini menyaksikan peningkatan kepada 57 kes pada Isnin berbanding 52 kes pada Ahad.

3 - Daripada jumlah itu, sebanyak 51 kes merupakan penularan tempatan membabitkan 45 warganegara dan enam bukan warganegara, manakala enam lagi adalah kes import membabitkan satu rakyat tempatan dan lima bukan warganegara..

4 - Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 751 kes.

5 - Tiada kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kekal sebanyak 130 kes.