KUALA LUMPUR:Salah satu daripada 16 kluster yang disahkan pada Rabu adalah melibatkan majlis pengebumian dan kenduri tahlil di Kampung Balibata.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kluster yang diberi nama sebagai Kluster Kampung Balibata itu melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138593) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan sebelum rentas negeri.

“Kluster ini melibatkan majlis pengebumian dan kenduri tahlil di Kampung Balibata, Beaufort.

“Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” jelas KKM dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, jumlah kluster dalam negara juga bertambah kepada 685 setakat Rabu.

Daripada 16 kluster baharu, 11 adalah berpunca daripada tempat kerja dan kesemua kluster itu melibatkan sembilan buah negeri iaitu Johor, Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Perak, Pahang dan Melaka.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 20 Januari 2021:-

- Jumlah kluster : 685 kluster;

- Jumlah kluster baharu : 16 kluster;

- Jumlah kluster yang telah tamat : 367 kluster (termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Domis, Kluster Tinusa, dan Kluster Delima);

- Manakala jumlah kluster aktif pula sebanyak 318 kluster.

BACA: COVID-19: 16 kluster baharu di 9 negeri, majoriti babit tempat kerja

BACA: COVID-19: Lebih 4,000 kes baharu, kes aktif kini lepasi 41,000