awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Sungai: Kakitangan kesihatan jangkiti tujuh ahli keluarga

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/09/2020
10:56 MYT
Kluster Sungai: Kakitangan kesihatan jangkiti tujuh ahli keluarga
Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada 100 kes baharu COVID-19, 22 kes baharu dikesan dalam Kluster Sungai.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan salah seorang kakitangan kesihatan yang disahkan positif COVID-19 dalam Kluster Sungai di Kedah dan Perlis telah menjangkiti tujuh ahli keluarganya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini secara keseluruhan seramai 23 kakitangan kesihatan telah dikesan positif virus itu melibatkan kluster tersebut.
“Kita saring kakitangan kita yang yang ada gejala... apabila ada gejala baru dapati positif dan apabila positif kita saring kontak rapat kepada staf kesihatan tersebut.
“Seorang anggota kesihatan telah menjangkiti tujuh ahli keluarga mereka. Jadi, setakat ini 23 kes untuk Kluster Sungai,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Terdahulu, dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada 100 kes baharu COVID-19, 22 kes baharu dikesan dalam Kluster Sungai.
Setakat ini, seramai 479 individu masing-masing dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah disaring.
Daripada jumlah tersebut, jelas Dr Noor Hisham, 25 kes dikesan positif di Kedah dan satu kes di Perlis.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan