awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kod etika jadi panduan wartawan Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2024
07:35 MYT
Kod etika jadi panduan wartawan Malaysia
Ashwad berkata, Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu merupakan satu titik penting dalam bidang kewartawanan di Malaysia. - Gambar/ Sinar Harian
JAKARTA: Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu adalah satu perkara yang penting untuk dijadikan panduan kepada wartawan atau pengamal media dalam menjalankan tugas.
Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Malaysia, Ashwad Ismail berkata, ia menandakan satu titik penting kepada semua wartawan kerana kod etika ini bukanlah satu perkara baharu di peringkat global.
"Tetapi untuk Malaysia, ia adalah sebagai 'refresher' untuk memperingatkan kita semula tentang kenapa perlunya kod etika wartawan ini.
"Ia ibarat 'living document' yang sentiasa hidup dan diperbaharui dari semasa ke semasa. Media ini tidak berdiri dengan sendirinya semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan teknologi.
"Kemajuan teknologi dan semua pengamal media, saya rasa itu merupakan satu perkara paling penting," katanya kepada media Malaysia semasa ditemui di sebuah hotel di sini, pada Selasa.
Beliau bersama 15 delegasi Ketua Pengarang dan Pengarang Urusan syarikat media yang juga pemimpin tertinggi Iswami Malaysia berada di Jakarta bagi memenuhi undangan sempena sambutan Hari Pers Nasional 2024, yang akan dihadiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan lebih 6,000 wartawan dari seluruh Indonesia.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu pada Selasa di Putrajaya.
Beliau pada masa sama, memberi jaminan kod etika itu tidak mengekang kebebasan media dalam pelaporan berita.
Sebaliknya menurut Fahmi, ia dibangunkan kerajaan bersama ahli akademik dan organisasi media serta mengikut keperluan semasa dan perkembangan teknologi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kod etika wartawan malaysia
#Iswami
#Ashwad Ismail
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan