awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolam takungan pecah, Tapak Pelupusan Ladang Tanah Merah, Port Dickson ditutup sementara

Bernama
Bernama
06/09/2022
12:01 MYT
Kolam takungan pecah, Tapak Pelupusan Ladang Tanah Merah, Port Dickson ditutup sementara
Kok Seong berkata keadaan itu menyebabkan air larut resap dari tempat pembuangan sampah itu memasuki sungai berdekatan sekali gus memberi kesan kepada orang awam. - Gambar fail
SEREMBAN: Operasi Tapak Pelupusan Sampah Ladang Tanah Merah, Port Dickson dekat sini dihentikan sementara sejak 29 Ogos lepas ke satu tarikh yang akan diberitahu berikutan kolam takungan sisa pepejal di situ pecah.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong berkata keadaan itu menyebabkan air larut resap dari tempat pembuangan sampah itu memasuki sungai berdekatan sekali gus memberi kesan kepada orang awam.
"Arahan penutupan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada operator tapak pelupusan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata antara tindakan bagi mengatasi masalah itu ialah pihak operator diminta mengemukakan pelan tindakan kepada JAS sebelum diberi kebenaran beroperasi semula.
Teo berkata SWM Environment Sdn Bhd selaku syarikat konsesi bagi kutipan sisa pepejal juga diarahkan menghantar kesemua 700 tan sisa pepejal domestik yang dikutip dari kawasan Seremban, Nilai dan Port Dickson sehari ke Tapak Pelupusan Ulu Maasop, Senaling untuk sementara waktu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai isu kutipan sisa pepejal di kawasan masing-masing supaya menghubungi syarikat konsesi di talian 1-800-88-7472 atau melalui WhatsApp SWM Environment di talian 012-6180 082.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kolam takungan pecah
#tapak pelupusan sampah
#Tanah Merah
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan