Kolej UNIKOP terus lakar sejarah dengan penganjuran Konvokesyen ke-5

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid (tengah) menyampaikan anugerah utama ketika Majlis Konvokesyen UNIKOP Ke-5 kepada penerima anugerah Julia Qistina Abdul Rashid. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kolej UNIKOP terus mencatat pencapaian tersendiri apabila berjaya menganjurkan Majlis Konvokesyen ke-5 yang telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, bertempat di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur, hari ini.
Ringkasan AI
- Majlis Konvokesyen ke-5 Kolej UNIKOP disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur.
- Tema majlis, "Sebuah Legasi Kejayaan, Melakar Masa Depan," menekankan bahawa pencapaian graduan bukan hanya untuk meraikan akademik, tetapi juga sebagai permulaan perjalanan profesional mereka.
- Datuk Seri Mohd Khalid menegaskan bahawa kejayaan graduan membuktikan komitmen UNIKOP dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi untuk sektor keselamatan dan pembangunan negara.
“Semoga pencapaian para graduan pada hari ini menjadi obor yang menerangi langkah menuju ke arah kerjaya yang lebih cemerlang. Jadikan ilmu serta kemahiran yang digarap di Kolej UNIKOP sebagai bekalan untuk mengharungi ranjau dan cabaran pada masa mendatang,” beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Konvokesyen UNIKOP ke-5, di sini hari ini.
Tegas beliau, kejayaan ini jelas membuktikan komitmen UNIKOP dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan sektor keselamatan dan pembangunan negara.
Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah utama, iaitu Anugerah Ketua Polis Negara, yang disandang oleh Julia Qistina Abdul Rashid daripada jurusan Diploma Investigation Services.
Kemenangan tersebut melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta syiling emas.
Manakala, sepuluh graduan lain menerima Anugerah Pelajar Terbaik, masing-masing membawa pulang RM200 serta jongkong perak sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik mereka.
Difahamkan, konvokesyen yang berlangsung selama dua hari ini meraikan lebih 1,005 graduan daripada pelbagai program pengajian. Bagi sidang kedua, majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


