awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolej Universiti Risda akan dibina di Perlis

Bernama
Bernama
25/01/2013
07:52 MYT
Kolej Universiti Risda akan dibina di Perlis
Kolej Universiti Risda akan dibina di Perlis sejajar dengan hasrat kerajaan negeri menyemarakkan industri ilmu, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti tapak seluas 21 hektar di Titi Tinggi untuk pembinaan kolej universiti itu dengan kos lebih RM31 juta yang dijangka dibina sebelum akhir tahun ini.
Bercakap kepada pemberita selepas program Ramah Mesra Pekebun Kecil Bersama Menteri Besar Perlis di Alor Tampang dekat sini Jumaat, beliau yakin apabila kolej universiti itu beroperasi kelak, ia akan menyemarakkan industri ilmu di Perlis.
Pada masa ini, Perlis mempunyai beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Pendidikan Guru, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).
Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata pihaknya berterima kasih di atas kesediaan kerajaan negeri Perlis menyediakan tapak untuk kolej universiti itu.
Katanya, penubuhan kolej universiti itu sebagai sumbangan Risda ke arah melahirkan para ilmuan dalam bidang yang boleh membantu memartabatkan para pekebun kecil di seluruh negara.
Mengenai program ramah mesra itu, beliau berkata program itu yang dilaksanakan sejak tahun lalu di seluruh negara sentiasa mendapat sambutan luar dugaan daripada masyarakat pekebun kecil.
Katanya, pada program itu pekebun kecil diberi pendedahan tentang usaha kerajaan membantu mereka meningkatkan pendapatan kepada RM2,500 sebulan menjelang 2015 dan RM4,000 sebulan menjelang 2020.
Topic Berkaitan
#Kolej Universiti Risda
#Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
#Menteri Besar Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan