KUALA LUMPUR: Lebih 30 helai koleksi peribadi batik hasil sentuhan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan dipamerkan pada Hari Kraf Kebangsaan 2022 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 23 Feb hingga 7 Mac ini.
Pameran kali kedua Raja Permaisuri itu bertemakan Sentuhan Permaisuri: Explorasi dan Eksperimentasi Batik Inderapura akan mengetengahkan batik cantingan tangan dan cetakan blok oleh Seri Paduka menggunakan fabrik krep, sutera dan linen.
Pada sesi previu koleksi batik peribadi Tunku Hajah Azizah di Institut Kraftangan Negara (IKN) baru-baru ini, Pengarah Kanan IKN, Abdul Halim Ali berkata, keunikan koleksi itu adalah reka corak dan teknik batik tersebut dihasilkan secara eksperimental dan spontan Raja Permaisuri ketika mencanting.
Jelasnya, koleksi itu mempamerkan pelbagai teknik terap (batik blok), melukis dan mewarna batik yang digunakan Tunku Hajah Azizah berdasarkan pengalaman Seri Paduka termasuk beberapa teknik baharu boleh diangkat sebagai identiti batik Pahang.
"Antaranya ialah teknik sapuan warna secara berlapis dengan pola corak beragi dan berjalur seperti yang terdapat pada kain Tenun Pahang Diraja, selain teknik sapuan warna berlapis yang diolah secara vertikal, horizontal dan bersilang menghasilkan kesan tona warna berbeza.
"Gabungan teknik membatik yang berbeza secara eksperimental dan spontan inilah, Tunku Hajah Azizah menghasilkan satu identiti batik unik untuk negeri Pahang atau dikenali dengan nama Batik Inderapura," katanya.
Beliau berkata, bagi koleksi itu, kira-kira 14 batik dibuat secara berpasangan untuk dijadikan pakaian lelaki dan wanita, tiga bagi kemeja lelaki dan tujuh kain pasang wanita selain terdapat 10 kain skaf yang dilukis Seri Paduka ketika berada di London, United Kingdom turut dipamerkan.
Katanya lagi, selain koleksi batik Seri Paduka, rakaman video Tunku Hajah Azizah sepanjang proses menyiapkan kain batik itu turut akan ditayangkan kepada pengunjung.
Sementara itu, usahawan batik, Yus Faizal Rahim bertindak sebagai pembantu Tunku Hajah Azizah ketika menghasilkan batik itu berkata, Seri Paduka amat teliti dan tekun dalam setiap proses pembuatan koleksi tersebut, malah Raja Permaisuri akan berada seharian di bengkel batik di IKN untuk menyiapkan karya itu.
Beliau yang juga bekas graduan IKN berkata, Seri Paduka menyiapkan setiap bahagian karya itu secara sendiri tanpa sebarang bantuan termasuk dalam pemilihan dan bancuhan warna serta reka corak batik.
"Tunku (Hajah Azizah) menyiapkan batik secara berterusan di setiap bahagian fabrik dan melapiskan warna satu demi satu pada batik sehingga berpuas hati dengan hasilnya. Sementara menunggu helaian batik yang diwarnakan menjadi kering, Seri Paduka akan menyiapkan helaian lain pula.
"Seri Paduka juga akan pastikan tiada pewarna yang digunakan itu dibazirkan, malah Tunku Hajah Azizah menggunakannya semula sehingga habis," katanya.
Pameran Hari Kraf Kebangsaan 2022 dibuka setiap hari bermula esok, 10 pagi hingga 10 malam dan kemasukan adalah percuma.
Selain pameran, pelbagai aktiviti lain turut dilaksanakan termasuk seminar dan jualan produk daripada puluhan pengusaha dan usahawan kraf tangan tempatan. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Lebih 30 helai koleksi peribadi batik hasil sentuhan Raja Permaisuri Agong akan dipamerkan pada Hari Kraf Kebangsaan 2022 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 23 Feb hingga 7 Mac ini. - Gambar Facebook Kraftangan Malaysia
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Koleksi batik Inderapura Raja Permaisuri dipamer pada Hari Kraf Kebangsaan
Lebih 30 helai koleksi peribadi batik hasil sentuhan Raja Permaisuri Agong akan dipamerkan pada Hari Kraf Kebangsaan 2022.