SETELAH hampir sebulan tercetusnya konflik keganasan di Tanah Palestin yang dijajah, adalah amat mengecewakan, namun tidak mengejutkan, bahawa negara-negara maju terutamanya di Barat, masih membawa naratif hitam lawan putih; baik lawan jahat dalam konflik ini.
Mereka gagal untuk menyedari bahawa naratif sedemikian tidak akan mungkin dapat memadamkan bukti bahawaterlalu banyak kekejaman Israel dalam pendudukan haramnya di Palestin.
Adalah amat jijik untuk melihat sikap Israel memutar-belit dan mengambil kesempatan atas pencerobohan Hamas pada 7 Oktober lalu sebagai alasan untuk menghancurkan Gaza dengan persetujuan penuh, yang sangat memalukan daripada pendokongnya di Barat.
Satu-satunya perbezaan antara tindakan semasa Israel di Gaza dan kekejaman Nazi terhadap ghetto Yahudi di Eropah adalah penggunaan senjata api yang dahsyat oleh oleh Israel ke atas Gaza yang kebanyakan penduduknya adalah orang awam.
Sudah terlalu lama, naratif Israel, yang disokong penuh oleh sebahagian negara Barat, telah memperlakukan rakyat Palestin lebih hina daripada haiwan.
Masyarakat antarabangsa perlu menghantar mesej yang jelas bahawa penghinaan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin adalah salah dan sangat tidak boleh diterima. Israel harus menyedari bahawa rakyat Palestin adalah setara dengan mereka dan merupakan satu-satunya rakan yang boleh menjamin keamanan dan keadilan yang berpanjangan.
Kemarahan, kekecewaan dan ketidakupayaan penduduk Gaza yang menderita di bawah sekatan yang tidak berperikemanusiaan dan serangan besar-besaran oleh tentera Israel, adalah selari dengan suara sebilangan besar masyarakat dunia, yang sebelum ini turut menderita di bawah penjajahan dan penipuan penyokong Israel di Barat.
Ironinya, rapat umum membantah kekejaman Israel dan pendudukan haramnya serta penderitaan rakyat Palestin di bandar-bandar besar di Barat menggambarkan betapa pemimpin-pemimpin Barat tidak berpijak di bumi nyatadengan apa yang terjadi di sekeliling mereka.
Golongan elit pro-Israel di Barat harus juga memahami bahawa era dominasi Barat yang menghalalkan penubuhan Israel sudah lama berakhir.
Kini, kita berada di persimpangan sejarah di mana bukti kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh disangkal sama sekali.
Begitu juga, bukti bahawa sesetengah negara yangtelah dan terus memberi sokongan moral, kebendaan dan ketenteraan yang telah membolehkan pendudukan haram Israel, turut sama terpalit dengan darah rakyat Palestin.
Berdekad-dekad lamanya, Barat menyebarkan falasi bahawa Israelmerupakan“satu-satunya demokrasi di Timur Tengah”.
Walau sebelum kempen keganasannya di Gaza ini pun, hanya penyokong tegar yang tidak waras sahaja yang boleh menerima bahawa Israel mengamalkan demokrasi yang tulen.
Tindakan Israel terhadap Gaza sekarang hanya terus membuktikan betapa Israel adalah rasis, etno-sentrik, ultra-nasionalis dan cenderung kearah ekstremis.
Malaysia, bersama-sama negara-negara lain yang bersependapat, mesti terus memberit ekanan terhadap Majlis Keselamatan PBB (MKPBB) untuk menggalas tanggungjawab seperti mana Piagamnyauntuk menamatkan konflikyang berlaku di Gaza kini dan memudah cara dialog antara Palestin dan Israel, tanpa sebarang pra-syarat.
MKPBB berisiko tidak lagi dihormati dan tidak lagi relevan dalam urusan antarabangsa jika ia masih berpendirian tanpa sebarang keputusan dalam konflik Palestin-Israel ini, terutamanya dalam konteks semasa.
MKPBB mesti kekal tegas bahawa ia sentiasa berpegang menegakkan keadilan dan kemanusiaan.
Dalam hal ini, kita memuji usaha berterusan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus meraih sokongan untuk Palestin, termasuk pertemuan dengan pemimpin-pemimpin berpengaruh duniaantaranyasepertiMesir, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.
Malah usaha ini jugamendapat sokongan penuhrakyat di Malaysia.9.Sejak 1948, dunia, melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telah berulang kali menyatakan hak Palestin ke atas negaranya sendiri. Sejak 1967, duniajuga melalui PBB, telah mengiktiraf dan terus menegaskan bahawa pendudukan Israel ke atas Palestin adalah haram.
Pada 2016sewaktu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Malaysia sebagai ahli tidak tetap dalam MKPBB telah berhasil menggunakan platform tersebut untuk menegakkan hak rakyat Palestin terhadaptanah air mereka sendiri.
Malangnya, naratif media perdana, terutamanya media Barat, sewenang-wenangnya menafikan kebenaran ini.
Memandangkan MKPBB setakat ini telah gagal untuk mengambil tindakan dalam menyelesaikan konflik Palestin-Israel, ikhtiar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk berpakat dengan negara-negara yang bersependapat bagi memulakan proses kerjasama antarabangsa yang bertujuan memberi tekanan kepada MKPBB juga harus diberi sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi.
Pada masa yang sama, Malaysia juga harusmeraihsokongan negara-negara ahli MKPBB yang bersetuju dengan perjuangan Palestin terutamanya China, Rusia dan jugaPerancis.
Sementelah tidak ada jaminan bahawa konflik penjajahan ke atas Palestin ini akan berakhir, adalah jelas bahawa kita tidak boleh berpatah balik kepada keadaan sebelum tercetusnya perang.
Sekatan Israel ke atas Gaza mesti dihentikan, kekejaman Israel terhadap Palestin harus ditamatkan, layanan tidak adil Israel ke atas Palestin perlu dinoktahkan dan rundingan serius yang membawa kepada pembentukan negara Palestin berdasarkan persempadanan 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, mesti dimulakan.
Reezal Merican Naina Merican
Thu Nov 02 2023
Satu-satunya perbezaan antara tindakan semasa Israel di Gaza dan kekejaman Nazi terhadap ghetto Yahudi di Eropah adalah penggunaan senjata api yang dahsyat oleh oleh Israel ke atas orang awam di Gaza. -- Gambar AP/Mohammed Dahman
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.