PENGUMUMAN kerajaan pada 28 Jun 2021 dengan memperkenalkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH adalah satu tindakan proaktif yang sangat tepat pada masanya.
Terdahulu kerajaan telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mengariskan hala tuju fasa pemulihan sektor kesihatan dan pembukaan sektor ekonomi dan sosial dengan memberi tumpuan kepada tiga indikator iaitu bilangan jangkitan harian COVID-19, kadar penggunaan katil di wad ICU dan peratus penerimaan vaksin.
Jika diamati, ketiga-tiga indikator ini hanya terarah kepada aspek kesihatan sahaja. Keadaan ini tidak seimbang kerana indikator-indikator ekonomi seperti kadar kehilangan pekerjaan, kadar penggurangan pendapatan dan kadar penutupan operasi perniagaan adalah sama penting dalam memantau “kesihatan” ekonomi. Perangkaan beberapa minggu yang lepas menunjukkan kadar jangkitan COVID-19 lebih tidak anjal sedangkan indikator ekonomi menunjukkan situasi sebaliknya. Itu belum lagi diambil kira indikator aspek sosial.
Alhamdulilah, kerajaan telah mengambil serius pandangan daripada pelbagai pihak dalam meringankan beban ekonomi rakyat. Pengumuman kemudahan moratorium selama enam bulan kepada semua peminjam dan pengeluaran simpanan KWSP secara bulanan adalah antara inisiatif PEMULIH yang memberi kesan signifikan dalam membantu meringan beban kewangan rakyat.
Bukan itu sahaja, inisiatif memperkenalkan program-program pengukuhan pasaran buruh seperti Program Subsidi Upah 4.0, Bantuan Kehilangan Pekerjaan dan Elaun Mencari Pekerjaan adalah usaha membantu golongan pekerja dan majikan. Golongan peniaga terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) turut mendapat sokongan secara langsung dan tak langsung melalui pakej PEMULIH.
Kerajaan telah melakukan perkara-perkara utama yang patut dilakukan. Kini, pihak swasta dan individu perlu memainkan peranan agar usaha-usaha tadi berkesan. Semua pihak perlu bersama mengharungi situasi ini dan sama-sama memainkan peranan masing-masing.
Kepada para pemilik rumah dan pemilik premis perniagaan, kemudahan moratorium pinjaman telah disediakan. Ambillah peluang tersebut dan turunkannya kepada penyewa rumah dan penyewa premis perniagaan. Kegagalan berbuat demikian akan mengurangkan keberkesanan ke atas usaha-usaha yang kerajaan lakukan.
Perlu juga diingatkan bahawa pakej PEMULIH bukanlah solusi mutlak kepada krisis yang dihadapi pada ketika ini. Pemulihan sebenar hanya akan bertahan lama dan mampan apabila sektor-sektor ekonomi kembali beroperasi. Dengan hanya sektor-sektor ekonomi beroperasi, perniagaan akan berkembang, pekerjaan akan wujud dan pendapatan dapat dijana. “Kecederaan” akibat pandemik ini hanya dapat dirawat apabila sektor-sektor ekonomi kembali beroperasi seperti sedia kala.
* Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari ialah Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS, PERKESO
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
Tue Jun 29 2021
Kerajaan telah melakukan perkara-perkara utama yang patut dilakukan. Kini, pihak swasta dan individu perlu memainkan peranan agar usaha-usaha tadi berkesan.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KWSP jadi pemegang unit penting dalam KIP REIT selepas pegang enam peratus kepentingan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru i
Lebih dua juta ahli aktif KWSP capai simpanan asas - MOF
Jumlah tersebut adalah perbandingan daripada 2.21 juta atau 30.4 peratus daripada 7.25 juta ahli aktif formal pada Disember 2022.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
KWSP kini memiliki 5.99% pegangan saham dalam Mega First Corporation
KWSP, melalui Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd, memperoleh 10 juta saham Mega First pada 2 Dis.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
KWSP catat pendapatan pelaburan RM19.67 bilion pada suku ketiga
Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Berat untuk menyimpan, berisiko kemiskinan hari tua
Pakar berbeza pandangan tentang saranan agar sistem pencen dimansuhkan kerana ia bererti setiap orang bergantung pada KWSP ketika persaraan.