KUALA LUMPUR:Kritikan dan kemarahan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing tidak sepatutnya bersifat selektif, dan hanya tertumpu kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kata penasihat akhbar The Star Datuk Seri Wong Chun Wai.
Dalam ruangan On The Beat yang disiarkan hari ini, beliau berkata adalah sesuatu yang janggal apabila Tiong hanya mengkritik dan mendakwa Dr Noor Hisham hanya membuat sidang akhbar harian, sedangkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga melakukan perkara yang sama.
Menganggap kenyataan Ahli Parlimen Bintulu itu sebagai sesuatu yang ‘kurang cerdik,’ Wong berkata jika Tiong melakukan sedikit penyelidikan, maka beliau akan sedar ia merupakan arahan dari pihak atasan.
“Penjawat awam, dan juga media pada peringkat tertentu, sering menjadi sasaran mudah untuk ahli politik.
Penjawat awam tidak boleh melibatkan diri dalam pertelingkahan secara terbuka, manakala pengamal media hanya melaporkan serangan daripada ahli politik, dan terpaksa berhadapan dengan risiko laporan itu (occupational hazard),” katanya lagi.
Pada sidang Dewan Rakyat 11 November lepas, Tiong mengkritik Dr Noor Hisham kerana tidak berani turun ke Sabah, dan "takut mati".
Beliau juga mendakwa Dr Noor Hisham sebagai sengaja mencari publisiti melalui sidang akhbar harian dan cuba menggunakannya untuk mencari peluang menjawat jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kritikan keras itu akhirnya membawa kepada beberapa insiden pertelingkahan antara beberapa Ahli Parlimen sehingga keesokan harinya, termasuk dua Ahli Parlimen iaitu RSN Rayer (PH-Jelutong) diarahkan keluar dari Dewan Rakyat, dan Lim Lip Eng (PH-Kepong) digantung lima hari.
Tiong kemudian berkeras mengatakan beliau tidak akan meminta maaf, dan mendakwa kritikan itu datang dari luahan perasaan petugas barisan hadapan, terutama sekali di Sabah.
Dr Noor Hisham, melalui laman Facebooknya kemudian, menyediakan laporan terperinci bahawa beliau sudah pun pergi ke Sabah bagi meninjau keadaan semasa serta persiapan sedia ada untuk COVID-19.
BACA: COVID-19: Tidak timbul isu takut mati, KP Kesihatan jawab tuduhan
BACA: Didakwa 'takut mati', Dr Noor Hisham perincikan lawatan ke Sabah
Dalam pada itu, Wong berkata, Tiong turut mengkritik Kerajaan Persekutuan kerana membuat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak jelas, yang memberi kuasa kepada polis untuk memberi kompaun RM1,000 kepada orang awam atas kesalahan bersifat ‘perceived infractions’, seperti berada di kawasan sesak, atau dua orang menaiki kenderaan yang sama.
“Ya, kritikan beliau berasas. Tetapi soalan itu seharusnya kepada Ketua Polis Negara dan Ismail Sabri.
“Saya tak ingat jika beliau ada mengkritik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kerana didakwa melanggar perintah tempoh kuarantin 14 hari selepas pulang dari luar negara.
“Di mana keberanian mengkritik itu? Atau adakah ia tindakan politik yang salah sekiranya mengkritik kawan sendiri dalam Dewan Rakyat, terutamanya anggota Kabinet?” soal Wong lagi.
Beliau berkata Tiong juga telah terlepas satu perkara penting, iaitu ramai ahli politik yang pergi berkempen di Pilihan Raya Negeri Sabah telah melanggar SOP sehingga membawa kepada gelombang ketiga penularan COVID-19 di seluruh negara.
Mengulas lanjut, Wong berkata beliau ingin mengulangi pandangan rakyat yang tular baru-baru ini, iaitu pawagam mungkin ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tetapi, tulisnya lagi, Dewan Rakyat masih mampu menyediakan hiburan yang serupa, terutamanya tentang komedi.
Firdaus Azil
Sun Nov 15 2020
Menganggap kenyataan Ahli Parlimen Bintulu itu sebagai sesuatu yang kurang cerdik, Wong berkata jika Tiong melakukan sedikit penyelidikan, maka beliau akan sedar ia merupakan arahan dari pihak atasan. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Organisasi berita, pengawal selia harus bekerjasama perangi 'scammer'
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai menggesa organisasi berita supaya bekerjasama dengan pengawal selia untuk memerangi kes penipuan atau 'scammer' yang semakin berleluasa.
Jamaluddin Muhammad dilantik CEO Bernama, berkuat kuasa esok
Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Jamaluddin Muhammad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi itu berkuat kuasa esok.
Wong Chun Wai pengerusi baharu Bernama
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, berkuat kuasa 1 Sept ini.
Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat? - Laporan
Bajet 2023, yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober, dilaporkan akan dibawa ke hadapan iaitu pada 7 Oktober.
Ada sinar naratif politik baharu daripada beberapa pemimpin muda - Chun Wai
Mereka ini walaupun berbeza parti, bangsa dan agama, tetapi dapat menggerakkan kerjasama untuk melancarkan usaha pemulihan negara.
Tiada pelabur ingin masuk ke negara yang asyik tukar PM - Wong Chun Wai
Pelabur tidak akan melabur di Malaysia sekiranya tidak yakin dengan keadaan dalam negara ini terutamanya melihatkan krisis politik yang tiada kesudahannya.
Gaji tinggi bukan jaminan tiada rasuah - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar berpendapat pandangan mengatakan penjawat awam perlu diberikan gaji yang tinggi untuk mengelakkan berlakunya rasuah tidak tepat.
Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?
Tidak masuk akal apabila jika berdegil dan bertegas untuk perkhidmatan Feri Pulau Pinang dikekalkan semata-mata kerana rasa nostalgia.
Ketepikan perbezaan, luluskan Belanjawan demi kepentingan negara - Wong Chun Wai
Menerusi satu artikel yang disiarkan The Star pada Isnin, Chun Wai berkata kegagalan untuk meluluskan Belanjawan tersebut dilihat akan memudaratkan lagi negara yang berdepan dengan cabaran ekonomi.
Rakyat tiada kesabaran untuk ahli politik seperti Wan Ahmad Fayshal - Wong Chun Wai
Chun Wai berpendapat, tindakan Wan Ahmad Fayshal menunjukkan legasi politik lama masih diwarisi ahli-ahli politik baru.