awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komen 1MDB satu jenayah - Dr Mahathir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
31/07/2015
05:37 MYT
Komen 1MDB satu jenayah - Dr Mahathir
Dr Mahathir merupakan antara individu yang sering mengkritik 1MDB menerusi blog dan kenyataannya. - Gambar Fail
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad menegaskan beliau tidak lagi akan menyentuh lebih lanjut mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kenyataannya mengenai isu akan menjadi satu 'jenayah'.
"Saya hanya ingin memberi amaran kepada anda semua (wartawan) saya tidak boleh jawab apa-apa soalan mengenai 1MDB kerana ia akan menjadi satu "jenayah" jika saya menyentuh mengenai isu itu sekarang," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Pusat Hati Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara, pada Jumaat.
"Nothing about 1MDB" tambah beliau.
Pada masa sama, beliau mengakui ada menonton video yang disebarkan melibatkan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ya, saya ada tengok. Semua orang tengok. Tapi Datuk Seri Najib tidak pernah menafikan. Beliau perlu mengambil pengajaran termasuk sebelum-sebelum ini pun," ujarnya.
Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan antara individu yang sering mengkritik 1MDB menerusi blog dan kenyataannya.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Najib Razak
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan