awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komen babitkan misi asing yang kini tular adalah tidak benar - Jurucakap

Bernama
Bernama
14/01/2021
21:55 MYT
Komen babitkan misi asing yang kini tular adalah tidak benar - Jurucakap
Terdapat pihak yang mengaku kakitangan Kedutaan Jerman dan Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia membuat komen mengenai pengisytiharan darurat ekoran wabak COVID-19 di negara ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kedutaan Jerman dan Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia menafikan kakitangan misi masing-masing ada membuat komen berkaitan isu semasa di Malaysia baru-baru ini.
Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi dalam kenyataan balas secara berasingan kepada Bernama, berkata tiada kakitangan dengan nama yang kini tular, bekerja dengan misi itu.
"Kedutaan Jerman ingin pastikan kerajaan dan rakyat Malaysia tahu bahawa itu adalah berita palsu.
"Sama ada Kaunselor Ekonomi Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur mahupun Kedutaan Jerman Kuala Lumpur tidak mengeluarkan sebarang komen seperti itu. Tiada orang seperti nama yang disebutkan itu bekerja dengan Kedutaan Jerman.
"Oleh itu, Kedutaan Jerman menyeru semua pihak jika mempunyai maklumat mencurigakan, perlu mengesahkan terlebih dahulu maklumat tersebut atau dapatkan daripada sumber sahih," kata jurucakap kedutaan itu, Dr David Krivanek.
Suruhanjaya Tinggi Britain pula menjelaskan tiada kakitangannya mempunyai kaitan dengan komen yang tular itu.
"Kami tidak mempunyai petugas bernama Ivan Skatch di Suruhanjaya Tinggi Britain, dan tidak mengeluarkan komen yang disebutkan dalam catatan Facebook.
"Menyiarkan maklumat palsu seperti itu tidak bertanggungjawab dan kami meminta pengguna media sosial untuk tidak menyebarkan komen yang belum tentu kesahihannya," kata jurucakap Suruhanjaya Tinggi.
Kedua-dua pihak berkenaan diminta mengulas mengenai terdapat pihak yang mengaku sebagai kakitangan misi itu yang membuat komen mengenai pengisytiharan darurat ekoran wabak COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#komen
#misi asing
#kedutaan
#Suruhanjaya Tinggi
#Jerman
#Britain
#kakitangan
#isu semasa
#Malaysia
#Tular
#David Krivanek
#Ivan Skatch
#Facebook
#palsu
#darurat
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan