KUALA LUMPUR: Komitmen dan sokongan peladang, penternak dan nelayan terhadap sektor agromakanan dan industri makanan, telah menyumbang kepada pengukuhan sistem rantaian bekalan makanan negara.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata tanpa sumbangan, pengorbanan dan titik peluh mereka ini, tidak mungkin jaminan kelangsungan bekalan makanan di negara terus kekal stabil.
"Secara tidak langsung, anda semua juga turut membantu dalam usaha kerajaan mentransformasikan sektor pertanian dan industri makanan, sebagai salah satu industri dan penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara," katanya pada majlis Anugerah Agro Award kepada pemain industri, sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
Beliau berharap agar pengiktirafan itu, menyuntik semangat kepada peladang, penternak dan nelayan yang lain untuk terus bersama menyemai benih, menebar jala dan mengembala ternakan.
"Semoga usaha murni anda semua diteruskan, agar sekuriti makanan negara kita terjamin demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.
Katanya adalah menjadi harapannya dan juga hasrat Kerajaan, supaya usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran sektor agromakanan secara efisien dan berkualiti, dapat direalisasikan menerusi kerjasama strategik antara semua pihak berkepentingan dan jabatan/agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Pada majlis itu Peladang Lelaki Terbaik dimenangi Muhamad Khalis Abd Karim dari Perak; Penternak Waja, Kamarulzaman Ali dari Kedah; Agropreneur Muda Terbaik, Mohd Anas Mohd Asmawi dari Perak; Nelayan Terbaik, Zakaria Daud dari Pahang; dan Persatuan Nelayan Terbaik, Persatuan Nelayan Kawasan Besut, Terengganu.
Selain itu, Unit Peladang Terbaik dimenangi Unit Gong 1, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Berang, Terengganu; Pertubuhan Peladang Terbaik, PPK Merbok Kedah; Peneraju Inovasi Agromakanan, Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd dari Pulau Pinang; Kumpulan Tani Komersil Terbaik, Koperasi Sawat Gemilang Kampung Padang Balai Berhad dari Kedah; Bintang e-Dagang Agro, FGV Agro Fresh Technology (Gogopasar) dari Selangor dan Peneraju Industri Padi, PLS Marketing (M) Sdn Bhd dari Selangor.
Enam lagi anugerah akan disampaikan di Majlis Perasmian MAHA pada Sabtu ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, termasuk satu pemenang akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Sektor Agromakanan, berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan.
Hadiah bagi kategori individu memperolehi wang tunai RM20,000, kategori unit atau berkumpulan (RM25,000) dan kategori organisasi atau swasta (RM30,000), selain trofi, cek cura dan sijil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Ronald Kiandee hadir bagi menyampaikan Anugerah Agro Award kepada pemain industri sempena MAHA 2022 di World Trade Centre, Kuala Lumpur, 4 Ogos 2022. - Foto Facebook Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Komitmen peladang, penternak, nelayan sumbang bekalan makanan negara kekal stabil
Tanpa sumbangan, pengorbanan dan titik peluh mereka, tidak mungkin jaminan kelangsungan bekalan makanan di negara terus kekal stabil.