MALAYSIA
Kompaun khas RM150: JPJ kutip lebih RM101 juta saman tertunggak

Jazmanie (kiri) ditemui pemberita pada Program Semarak Kemerdekaan tahun 2025 bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan JPJ Peringkat Negeri Kelantan Stesen Penguatkuasa Labok hari ini. - Foto Bernama
MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip lebih RM101 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari lepas hingga kini.
Ringkasan AI
- Melalui kompaun khas kadar rata RM150, JPJ berjaya mengutip saman bagi tiga jenis kesalahan: AwAS (RM95.3 juta), Notis 114 (RM5.29 juta) dan Notis 115 (RM1.23 juta).
- Inisiatif ini memudahkan orang ramai menyelesaikan saman tertunggak dan meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya.
- JPJ bersama MKN mengadakan program edaran Jalur Gemilang dan topi keledar untuk menyemarakkan semangat cintakan negara dan disiplin pengguna jalan raya.
Beliau berkata pada sidang media selepas menyerahkan Jalur Gemilang serta topi keledar sempena Program Semarak Kemerdekaan 2025 bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan JPJ Kelantan di Stesen Penguatkuasa Labok di sini hari ini.
Mengulas mengenai program itu, Jazmanie berkata JPJ bukan sahaja memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi, malah bertanggungjawab menyampaikan mesej kepentingan disiplin, keselamatan dan patriotisme kepada masyarakat.
"Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cintakan negara, serta mengukuhkan kerjasama dengan MKN dalam melaksanakan pendekatan bersepadu dari aspek keselamatan dan kenegaraan.
"Kita mahu mengajak semua pengguna jalan raya mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan cinta kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami