awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Saham TNB susut dalam dagangan awal selepas pengumuman semakan semula jadual tarif
BISNES
Konflik Israel-Iran: Harga minyak mentah mungkin naik AS$85 setong
MALAYSIA
Tokoh pendidikan masyarakat India, M Thambirajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Komunikasi terhad di Iran, rakyat Malaysia guna cara lama hubungi keluarga - Duta

Bernama
Bernama
23/06/2025
03:30 MYT
Komunikasi terhad di Iran, rakyat Malaysia guna cara lama hubungi keluarga - Duta
Khairi (tengah) bersama 24 warganegara Malaysia yang dibawa pulang dari Iran selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 malam tadi menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH781. --fotoBERNAMA
SEPANG: Ketika ketegangan memuncak di Iran susulan serangan balas oleh Israel, penduduk di negara itu terpaksa bergantung kepada kaedah komunikasi lama seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk berhubung dengan ahli keluarga dan pihak berkepentingan.

Ringkasan AI
  • Sekatan Komunikasi di Iran - Susulan ketegangan akibat serangan balas antara Iran dan Israel, perkhidmatan WhatsApp dan perayauan antarabangsa disekat di Iran, menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada SMS untuk berkomunikasi.
  • Keadaan Tidak Menentu dan Penutupan Kedutaan - Situasi keselamatan di Iran tidak stabil dengan serangan berlaku terutamanya pada waktu malam, mendorong kerajaan Malaysia menutup sementara Kedutaan di Tehran dan membawa pulang semua petugas serta rakyat Malaysia.
  • Rasa Syukur dan Usaha Bawa Pulang Keluarga - Seorang rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur setelah isterinya berjaya dibawa pulang dari Iran, dan kini sedang mencari jalan untuk membawa keluar ahli keluarga lain yang masih berada di negara bergolak itu.

Duta Besar Malaysia ke Iran Khairi Omar berkata ia susulan perkhidmatan perayauan serta penggunaan aplikasi WhatsApp di negara itu telah disekat ketika ini.
"Di Iran, komunikasi SMS terbuka antara nombor telefon Iran sendiri. Jadi, di peringkat nasional masih boleh berhubung, cuma kalau kita nak hubungi dari sini ke nombor Iran, tidak dapat kerana perkhidmatan perayauan ditutup. Tetapi kalau dari Iran untuk panggilan keluar, boleh. Jadi kita gunakan cara lama (seperti) mesej teks yang tak ramai guna sekarang.
"WhatsApp semua memang tidak boleh digunakan. Tetapi saya rasa sudah mula ada kembali, namun dikawal sepenuhnya untuk pastikan maklumat berkaitan isu keselamatan tidak didedahkan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di tanah air malam tadi, bersama 24 individu yang dibawa keluar dari Iran.
Kumpulan berkenaan terdiri daripada 17 rakyat Malaysia, enam tanggungan warganegara Iran serta seorang warganegara Singapura.
Khairi berkata situasi di Iran sangat tidak menentu terutama pada awal serangan, menyebabkan rakyat asing dan tempatan sama-sama terkejut dengan serangan yang disifatkan begitu drastik.
"Selepas sehari dua, kita dah nampak rutin (serangan) macam mana, seperti di sebelah malam serangan antara kedua pihak agak dahsyat tapi di sebelah siang nampak macam mereka sepakat pula untuk kurangkan serangan.
"Macam yang kita semua tahu sasarannya pun dikenal pasti dan kalau serangan menyasarkan kemudahan tertentu, di pihak satu lagi pun akan buat (serangan) sama. Jadi, ada bentuk serangan yang kita boleh nampak.
"Tapi walaupun demikian, suasana itu memang sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga, kerana jika berada di tempat dan waktu yang salah, seseorang mungkin terjebak dalam situasi tidak diingini," katanya.
Terdahulu, kerajaan telah mengarahkan penutupan sementara operasi Kedutaan Malaysia di Iran serta meminta semua petugas kedutaan di negara bergolak itu untuk segera pulang ke tanah air.
Sementara itu, seorang peniaga Fadhil Yusni, 33, bersyukur dapat bersatu kembali dengan isterinya, Zainab Ganood yang merupakan warga Iran, dan terkandas di negara itu ketika pulang melawat ibu bapanya.
"Sepanjang konflik berlaku, saya rasa panik sebab tak dapat berhubung dengan isteri. Alhamdulillah malam ini saya rasa bersyukur, terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Luar yang membawa keluar isteri saya dari Iran," katanya.
Menurut Fadhil, dia kini sedang mencari jalan terbaik untuk membawa keluar ahli keluarga isterinya yang masih berada di negara sedang bergolak itu.
Ketegangan di Iran tercetus pada 13 Jun lepas apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di seluruh Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#rakyat Malaysia
#komunikasi
#Khairi Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami