awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kondominium jadi stor proses dadah diserbu

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2022
21:49 MYT
Kondominium jadi stor proses dadah diserbu
Pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Serdang Seri Kembangan pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga emas kerana disyaki terlibat memproses dadah di sebuah kondominium di Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor pada Ahad.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, melalui Ops Catrina itu juga, suspek berusia 23 dan 64 tahun didapati menjadikan kondominium berkenaan sebagai stor dadah.
Menurut beliau, polis menahan suspek pada jam 9 malam selain merampas sebanyak 309 botol cecair methylenedioxy-methamphetamine (MDMA), serbuk MDMA, 120 biji pil ecstasy, 40 biji pil erimin 5, 38.30 gram (g) dan 83.4g ketamin dengan nilai keseluruhan ialah RM333,282.
"Siasatan mendapati sindiket itu beroperasi sejak bulan lalu di kondominium berkenaan kerana kawalan keselamatan yang ketat bertujuan mengaburi kegiatan mereka daripada dihidu oleh pihak berkuasa," katanya melalui kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, dadah itu dipercayai akan dijual kepada pelanggan pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula Isnin hingga Ahad. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dadah
#kondominium jadi stor dadah
#Bukit Serdang Seri Kembangan
#Ops Catrina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan