awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Tahunan PKR pada 20 Jun

Bernama
Bernama
16/06/2021
05:07 MYT
Kongres Tahunan PKR pada 20 Jun
Menurut Nik Nazmi, kesemua 2,000 perwakilan akan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom di kediaman masing-masing, bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2020 yang ditangguhkan sebelum ini akan diadakan Ahad ini.
Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Pengarah Kongres Nasional berkata kesemua 2,000 perwakilan akan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom di kediaman masing-masing, bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Beliau berkata keputusan berkenaan diambil parti selepas merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 9 Jun lepas.
"(Sementara itu) Dalam surat daripada RoS kepada PKR pada 21 Mei lepas, parti diberikan masa sehingga 30 Jun untuk melaksanakan kongres," katanya dalam kenyataan hari ini
Menurut Nik Nazmi, kongres itu akan memfokuskan isu ekonomi, kesihatan dan pemulihan demokrasi.
Pada 5 Jun lepas, Nik Nazmi dilapor berkata PKR telah menerima surat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan makluman lisan daripada RoS, masing-masing pada 4 Jun yang mengarahkan kongres itu ditangguhkan.
Persidangan Kongres Nasional Wanita PKR dan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan selesai diadakan secara maya, masing-masing pada 4 dan 5 Jun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#Nik Nazmi
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#kongres nasional PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan