KOTA KINABALU: Seramai 12 Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi menuntut pengisytiharan geran khas 40 peratus kepada Sabah daripada hasil pendapatan persekutuan.
Dengan menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan Kerajaan Sabah sebagai defendan kedua, peguam mewakili PH negeri, Nelson Anggang berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan pemfailan itu di mahkamah.
Tuntutan termasuk geran khas 40 peratus kepada Sabah daripada Kerajaan Pusat diberikan dan dihormati seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Dalam notis tuntutan PH Sabah menuntut supaya mendedahkan jumlah hasil yang perlu diberikan kepada Sabah setiap tahun.
Anggang menambah, mereka turut menuntut pengisytiharan tentang kajian di bawah Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan perlu mengambil kira jumlah yang tertunggak di bawah Perlembagaan.
Anggang memberitahu, tindakan ini dibuat susulan kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menyatakan geran khas 40 peratus ke atas Sabah tidak lagi terpakai.
"Mereka menuntut beberapa pengisytiharan mahkamah mengenai jaminan hak Sabah dalam Perlembagaan terutama daripada segi hasil.
"Malah, kenyataan Tengku Zafrul itu dilihat seolah-olah melanggar MA63," katanya.
Antara pemimpin yang memfailkan tuntutan itu ialah Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew; Presiden UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau; dan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon.
Mac lalu Tengku Zafrul pada sidang Dewan Rakyat lalu berkata formula 40 peratus peruntukan bagi Sabah di bawah Artikel 112 C dan D tidak lagi terpakai setelah digantikan dengan perjanjian baru di antara Kerajaan Pusat dan negeri.
Susulan itu, Putrajaya mengumumkan meningkatkan bayaran geran tahunannya kepada sabah 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta untuk tahun 2022.
Abdul Hafiz Mustadi
Fri Jun 03 2022
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
PRU15: 'Kita tidak boleh paksa kalau Warisan tidak mahu bekerjasama' - DAP Sabah
Pakatan Harapan Sabah berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan agihan kerusi melibatkan komponen itu.
PRU15: MUDA, Pakatan Harapan kerjasama hadapi GRS
Pembentukan kerjasama itu membolehkan Parti MUDA dan Pakatan Harapan berdepan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara berpasukan.
Kongsi hasil 40 Peratus: 12 wakil rakyat PH Sabah failkan tuntutan undang-undang
Seramai 12 Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi menuntut pengisytiharan geran khas 40 peratus kepada Sabah.
Kerjasama pembangkang dan GRS demi penuhi tuntutan rakyat - PH Sabah
Kesediaan Pakatan Harapan (PH) Sabah bekerjasama dengan kerajaan negeri bukan Memorandum Persefahaman (MoU) seperti yang dicanang pihak tertentu.
Politik di Sabah memang unik - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking menegaskan pakatan yang wujud antara Warisan dan Pakatan Harapan Sabah teguh dan mengangapnya sesuatu yang sangat unik.