KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep MADANI yang diperkenal oleh Kerajaan Perpaduan adalah inklusif serta meliputi kepentingan pelbagai kaum, agama dan wilayah di negara ini.
Menerusi sesi Dialog MADANI sempena Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini, beliau berkata konsep itu tidak bercanggah dengan fahaman mana-mana kaum walaupun ia menekankan kepentingan ajaran Islam.
"Kita harus mengambil sikap terbuka untuk belajar dengan semua pengalaman. MADANI tentunya (menekankan ajaran Islam) kerana majoriti (rakyat di negara ini) adalah orang Islam dan ia adalah agama Persekutuan maka kita perkuatkan tetapi hujah (konsep MADANI) itu universal.
"Kita bawa mesej itu (dalam konsep MADANI) bagi orang Islam adalah (perkukuhkan) aqidahnya, akhlaknya, ibadahnya tetapi mesej kemanusiaan, negara, keadilan (juga ditekankan) untuk rahmat kebaikan dan keselamatan bagi semua," katanya.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan seorang pengunjung yang ingin memahami konsep MADANI yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri juga meminta supaya tiada rakyat daripada pelbagai kaum mempunyai sebarang prasangka terhadap konsep MADANI kerana ia dirangka demi kebaikan semua dan kemajuan negara.
"Dalam konteks kenegaraan, kita harus santuni semua dan harus memeluk, mendampingi serta mengajak semua untuk bermuafakat mendirikan dan menjayakan negara ini.
"Sebab itu dalam dasar MADANI, saya sebut (kerajaan secara) telus bantu semua sekolah tanpa mengira kaum dan agama, menoktahkan kemiskinan semua kaum dan agama maka semua harus lihat dari segi positif pelaksanaannya," kata beliau.
Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan sumbangan Kutipan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin peringkat Perkhidmatan Awam bernilai RM16.4 juta kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada gimik Penutup Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Masjid sebagai pusat kota madani
Masjid sebagai pusat kebudayaan (sebagai nukleas kehidupan) perlu sentiasa signinfikan dengan pandangan alam manusia.
Henti budaya beri amaran kepada guru yang kritik di media sosial - Fadhlina
Ruang kritikan konstruktif penting sebagai proses semak dan imbang, tegas Menteri Pendidikan.