SHAH ALAM: Konsep payung perlu dikembalikan bagi membuka minda masyarakat terutama orang Melayu atau bumiputera supaya tidak bekerja sebagai silo.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
“Hampir 70 peratus mekanik bengkel di Kedah dan Pulau Pinang merupakan orang Melayu atau Bumiputera, tetapi selepas tempoh hayat lima tahun perniagaan mereka terpaksa ditutup.
“Sebab itu, sistem ini dicadangkan supaya ada usahawan-usahawan syarikat besar dapat melindungi dan secara langsung menjadi mentor kepada syarikat kecil,” katanya semasa Wacana Sinar edisi 433 bertajuk Ekonomi Bumiputera: Sampai bila nak bincang? pada Rabu.
Program tersebut dihoskan oleh Ismail Adnan turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali dan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.
Selain itu, menurut Asyraf, peniaga Melayu atau bumiputera perlu melakukan perubahan paradigma dan orientasi pemikiran bagi membantu pertumbuhan ekonomi di negara ini.
Tambahnya, sebanyak 76.6 peratus sektor swasta yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi pertumbuhan ekonomi.
“Kalau dulunya KDNK dalam negara ini disumbang oleh sektor awam kerana orang Melayu atau bumiputera di awal 70-an memang akan fokus untuk bekerja dengan kerajaan.
“Sebelum ini, hampir 70 peratus sumbangan KDNK daripada sektor awam, tetapi sekarang sudah berubah dan hanya 16.7 peratus sahaja dalam bidang itu,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Asyraf memaklumkan bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM3.2 bilion melalui Mara untuk menghantar, mendidik dan melatih pelajar ke luar negara setiap tahun supaya menjadi usahawan.
Pada masa sama, ujarnya, Mara membelanjakan RM2 bilion bagi membantu seramai 2,000 penuntut ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.
“Kita kena tanamkan dalam pemikiran mereka, balik jangan kerja makan gaji kerana mentaliti lama adalah bekerja dengan kerajaan.
“Kita perlu ubah perkara ini kerana sektor swasta sudah menjadi penyumbang besar kepada pertumbuhan ekonomi KDNK,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 06 2024
Menurut Asyraf, peniaga Melayu atau bumiputera perlu melakukan perubahan paradigma dan orientasi pemikiran bagi membantu pertumbuhan ekonomi di negara ini. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.