awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsep Perumahan Inklusif MADANI jadi teras pembangunan kediaman mampu milik - PM

Bernama
Bernama
11/12/2023
16:45 MYT
Konsep Perumahan Inklusif MADANI jadi teras pembangunan kediaman mampu milik - PM
Konsep Perumahan Inklusif MADANI akan menjadi teras pembangunan kediaman mampu milik di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Konsep Perumahan Inklusif MADANI akan menjadi teras pembangunan kediaman mampu milik di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ia bermula dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyediakan rumah untuk pelbagai golongan sasar di ibu kota yang akan turut dilaksanakan bersama agensi lain kerajaan.
"Dalam hal ini, kerajaan komited menjayakan agenda perumahan bagi membolehkan rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan pendapatan mendiami perumahan yang selesa dan harmoni bagi mendukung pembentukan masyarakat MADANI melalui komuniti berkualiti serta kohesif," katanya di laman Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara Tahun 2023 bagi membincangkan isu perumahan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pemain industri yang menyentuh isu nasib rakyat seperti pembinaan dan baik pulih kediaman.
Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata beliau bersetuju dengan sasaran penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia Ke-12 selain menekankan kepentingan supaya pencapaian tersebut dapat terus membawa manfaat kepada rakyat.
"Sekali lagi saya telah memberi penekanan kepada usaha mempercepat tempoh kelulusan pembangunan supaya dapat memangkinkan pelaburan dan memperbaiki tahap memudah cara perniagaan di Malaysia. Ini akan menarik dan memudah cara pemaju untuk menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik," katanya.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Ketua Menteri, Exco Perumahan Negeri, Menteri Kabinet serta wakil agensi penyedia perumahan yang terdiri daripada Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun selain pihak pemaju perumahan swasta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perumahan Inklusif MADANI
#kediaman mampu milik
#DBKL
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan